PMX : BUKU
PMX : Buku PMX, Tun Dr Mahathir dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah 3 sosok pemimpin yang ada 1 persamaan ketara iaitu mereka suka membaca dan menulis. PMX dan TGHH adalah 2 pemimpin yang aktif pada awalnya dengan gerakan ABIM. Sehingga hari ni, kebanyakan pimpinan ABIM dikenali sebagai sosok intelektual yang punyai keghairahan luar biasa terhadap buku dan wacana ilmu. Tun Dr Mahathir ada 3 buah buku yang terkenal hasil tulisan beliau iaitu Dilema Melayu, A Doctor in The House dan Capturing Hope. Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang pula paling prolifik di antara ketiganya di dalam menulis. Buku ikonik beliau seperti Muqaddimah Aqidah Muslimin, Fiqh al-Harakah Dari Sirah al-Nabawiyah, Fiqh Siyasah Khulafa ar-Rasyidin, puluhan buku tafsir dan juga buku yang menjawab gagasan Islam Hadhari,slogan di Zaman Pak Lah Badawi menjadi PM dulu iaitu Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari. Ambo pernah menulis satu tulisan mengenai sebuah buku yang agak langka d