Erdogan : Dipilih atau terbuang


Setelah hampir 20 tahun lebih di puncak kuasa, Erdogan akan sekali lagi berhadapan dengan rakyat Turkiye yang akan memilih presiden pada 14 Mei ini.

Membaca beberapa analisis berita dari akhbar barat, mereka agak senada mahukan Erdogan ditunjuk jalan keluar dan dibuang dari tampuk kuasa.


Majalah The Economist keluaran 6 Mei, dengan lantang menyebut bahawa mereka memilih "Gandhi Turkiye" iaitu Kemal Kılıçdaroğlu untuk menggantikan Erdogan.


Bagi mereka Erdogan telah melakukan dosa besar mensabotaj ekonomi Turkiye dan menjadikan keadaan ekonomi Turkiye lebih teruk.

Artikel mereka bertajuk "Elections in Turkey, Crossroads at a crossroads" itu bagaimanapun menarik untuk dibaca analisisnya.


Semalam juga, Fahrettin Altun, Pengarah Komunikasi Presiden Erdogan, menegur akhbar Barat terutamanya majalah The Economist kerana mereka sangat bias dalam merencana berita dan mengungkapkan banyak perkara tidak betul mengenai Presiden Erdogan.


Kebanyakan berita dari Barat memberi bayangan Erdogan akan jatuh di dalam pilihanraya kali ini.
Barat cukup meluat dengan Erdogan.

Erdogan salah satu pemimpin dunia yang berani menongkah arus, menyatakan pandangan beliau supaya dihapuskan kuasa veto didalam UN.

Beliau tegas menyatakan dan menghuraikan pandangan beliau ini melalui satu buku yang ditulis beliau dan diterbitkan pada 2021 bertajuk

" A Fairer World is Possible: A Proposed Model for a United Nations Reform. "


Erdogan bukan setakat menghuraikan betapa perlunya kuasa veto itu dinilai kembali, bahkan beliau menyatakan dengan tegas bahawa UN sepatutnya lebih baik, effektif dan profesional. Salah satu argumen beliau adalah, 

" Penyelesaian bersifat lokal hanya menyelesaikan masalah dalam jangka masa pendek sahaja jika masalah itu sebenarnya bersifat global."

Berulang kali di dalam buku ini beliau menegaskan bahawa,

" The world is bigger than five."

Lima itu merujuk kepada 5 negara kuasa besar dunia yang punyai kuasa veto iaitu China, United States, France, United Kingdom dan Russia.

Semalam juga, salah seorang pencabar Erdogan iaitu Muharrem Ince menarik diri daripada menjadi calon presiden kerana beliau tertekan apabila tersebarnya "fake" video skandal seks beliau.


Dengan tiadanya Muharrem Ince, maka Kemal Kılıçdaroğlu dijangka akan memperoleh undi yang lebih baik melawan Erdogan dan seorang lagi calon presiden iaitu Sinan Organ.


Barisan pembangkang kelihatan bersemangat selepas Muharrem Ince mengumumkan penarikan diri beliau. Mereka lebih optimis. 

Presiden Erdogan juga kelihatan agak "struggle" untuk pilihanraya presiden 14 Mei ni.


Di dalam satu wawancara secara langsung di televisyen beberapa minggu lepas, beliau diserang sakit dan memerlukan beberapa hari rehat.

Sakit itu walaupun dikatakan hanya sakit perut biasa, namun ianya masih misteri.

Setelah berehat, beliau kembali berkempen dengan aktif.

Kali ini 6 parti pembangkang bersatu menyokong calon dari parti CHP iaitu Kemal Kılıçdaroğlu. 


Salah sebuah parti yang menyokong Kemal yang sarat dengan idealisme sekular Attaturk adalah felicity party atau Parti Saadet iaitu Parti Islam Turkiye. 

Gabungan 6 parti pembangkang ini walaupun sedikit berantakan dari sudut prinsip tetap bersama dari sudut sokongan. 

Yang penting apa? Kalahkan Erdogan dulu!

Ada dua parti baru yang memberi impak kepada gabungan pembangkang kali ini. 

Future Party yang diasaskan oleh Ahmed Dovutoglu, bekas PM Turkiye dari Parti AKP Erdogan. Beliau keluar dari AKP Parti pd 2019. 


Ali Babacan, pengasas Democracy and Progress Party (DEVA). 
Beliau adalah bekas Menteri Ekonomi dan Timbalan Perdana Menteri dari AKP Parti. Beliau keluar dari AKP pada 2019.

Walaupun pemerhati mengatakan Erdogan mungkin masih boleh menang tipis, namun propaganda penentang Erdogan semakin giat menggambarkan Erdogan akan kalah. 

Kemal Kılıçdaroğlu dicanang dengan sangat kuat akan menjadi pengganti Erdogan dan meneruskan legasi Mustafa Kemal Atatürk di Turkiye. 
Beliau tegas berkempen akan mengembalikan Turkiye dari sistem Presiden atau Republik sekarang kpd sistem lama iaitu parlimen. 

Ramai para ulama dunia mengeluarkan dekri memberi nasihat supaya Erdogan dikekalkan. 

10 orang di antaranya adalah.

1.Dr. ‘Alī al-Qaradāghī, Secretary-General of the International Union of Muslim Scholars

2.Shaykh Sādiq al-Gharyānī, Grand Mufti of Libya
Shaykh ‘Abd al-Majīd al-Zindanī, Founder of Yemen’s al-Imān University

3.Shaykh ‘Abd al-Wahhāb Akanjī, President of the Association of Muslim Scholars in Turkey

4.Shaykh Muhammad al-Hassan al-Dedew, President of the Scholars Training Center in Mauritania

5.Dr. Nawāf al-Tikrūrī, President of the Scholars Association of Palestine

6.Dr. Muhammad al-Saghīr, President of the Global Authority for Supporting the Prophet of Islam (ﷺ)

7.Dr. al-Hasan ibn ‘Alī al-Kattanī, President of the Association of Scholars of the Arab Maghreb

8.Shaykh Sa’īd al-Lāfī, President of the Association of Imams, Preachers, and Advocates of Iraq

9.Shaykh ‘Abd al-Malik, President of the Union of Scholars in Pakistan

10.Shaykh ‘Abd al-Malik, President of the Union of Scholars in Pakistan

Mustafa Akyol, seorang tokoh kontroversi Turkiye menempelak hujah para ulama ini di dalam satu ciapan beliau di twitter.
Argumen beliau adalah, sokongan ulama tersebut tidak menjadikan Erdogan pilihan utama buat ummat Islam di Turkiye dan sepatutnya ummat Islam Turkiye tidak ada masalah memilih Kemal Kılıçdaroğlu dari parti CHP sebagai presiden kerana 4 faktor.

1. Disokong oleh Felicity Party Iaitu Parti Islam Turkiye

2. Disokong oleh 2 orang tokoh islamis Turkiye yang merupakan bekas pimpinan parti AKP Erdogan iaitu Ahmed Dovutoglu melalui parti Future Party dan Ali Babacan melalui Democracy and Progress Party.

3. Parti CHP ini telah pun belajar dari kesalahan mereka dan mengakui kesalahan lampau mereka contohnya kesalahan melarang pemakaian tudung oleh Attaturk dulu. 

4. Walaupun AKP dan Erdogan memperjuangkan Islam, gejala rasuah mereka dan cara mereka memimpin secara autokratik sangat bermasalah.

Dalam kehangatan pilihanraya, agak mengejutkan juga apabila Muhammed Ali Fatih Erbakan, anak kepada guru Erdogan, iaitu Necmettin Erbakan yang menjadi pengasas New Welfare Party (Turkish: Yeniden Refah Partisi YRP) telah mengisytiharkan sokongan kepada beliau.
Apa agaknya nasib Erdogan?

Apakah legasi beliau akan diteruskan atau sudah sampai masanya beliau bertemu dengan titik noktah di dalam perjuangan beliau.

Ambo ada melontarkan persoalan ini pada rakan-rakan ambo dan salah satu jawapan mereka adalah,

"Erdogan bagus tapi masanya dah tiba untuk beliau berhenti memimpin. Absolute power corrupts absolutely."

Apa pandangan anda? 😁

Comments

Popular Posts