Erdogan : Dipilih atau terbuang
Setelah hampir 20 tahun lebih di puncak kuasa, Erdogan akan sekali lagi berhadapan dengan rakyat Turkiye yang akan memilih presiden pada 14 Mei ini. Membaca beberapa analisis berita dari akhbar barat, mereka agak senada mahukan Erdogan ditunjuk jalan keluar dan dibuang dari tampuk kuasa. Majalah The Economist keluaran 6 Mei, dengan lantang menyebut bahawa mereka memilih "Gandhi Turkiye" iaitu Kemal Kılıçdaroğlu untuk menggantikan Erdogan. Bagi mereka Erdogan telah melakukan dosa besar mensabotaj ekonomi Turkiye dan menjadikan keadaan ekonomi Turkiye lebih teruk. Artikel mereka bertajuk "Elections in Turkey, Crossroads at a crossroads" itu bagaimanapun menarik untuk dibaca analisisnya. Semalam juga, Fahrettin Altun, Pengarah Komunikasi Presiden Erdogan, menegur akhbar Barat terutamanya majalah The Economist kerana mereka sangat bias dalam merencana berita dan mengungkapkan banyak perkara tidak betul mengenai Presiden Er