Yakin. Jangan ragu.

Kamu! Ya. Ya. Kamulah yang sedang memandang tulisan ini. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

ุงู„ุณَّู„ุงู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู… ูˆุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒุงุชُู‡ُ

Kalau ye pun, jawab la salam dulu. Jawab salam kan wajib ๐Ÿ˜ hee. 

Ada masa? 10 minit? Jom dengar cerita ambo. ๐Ÿ™ Jomla. 

Ala takpe, tak handsome/tak cantik takpe, janji suka membaca. 

Kan? 

Ready? Ok jom kita mula. 

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

Donia kita ini, penuh dengan pelbagai jenis keadaan manusia. 

Ada yang tidak bertuhan, Atheis. 
Ada yang bertuhan dengan penuh kejujuran, soleh. 
Ada yang bertuhankan nafsu. 
Dan macam-macam lagilah kan. 

Ambo pernah ada pengalaman berjumpa dengan beberapa orang rakan yang bertuhan tapi meragui tuhan. Berasa nak cerita satu kisah hari ni. 

Kisah ini, kisah benar yang pernah ambo muat naik di sini dua tahun lepas. Ambo muatnaik kembali hari ini kerna dengan izin tuhan, ada rakan yang bertanya tentang hal sebegini. 

‏ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ، ูˆุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ، ูˆู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ุงู„ู„َّู‡ُ ، ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ

Pernah pada suatu hari, sedang elok ambo melabuhkan punggung di kerusi makan di kedai mamak, ada rakan secara spontan mengatakan ;

" Mi, aku benci lah dengan Tuhan! "

Mukanya merah padam. Intonasi suaranya betul-betul nada bengang . Matanya berkilau dengan sinar benci. 

Ambo terkejut tapi tidak pelik. Sambil tarik nafas bertenang ambo menjawab. 

" kalau ye pun nak marah, biarlah ambo pesan roti canai dulu bro. "

Balas ambo padanya sambil memesan roti canai telur dua keping tsunami style. 

Rakan ambo kembali menegaskan 

" Mi, aku bengang betul ni Mi. Apa nak buat ek.. Ko mengaji sekolah agama kan? "

Ooo ok relaks la bro.. Apa masalahnya ni? Tanya ambo lagi

Dia menjawab dengan nada yang lebih cool down. Nampak dia agak sedikit tenang dah. 

" Takdela mi, banyak benda aku buat skrg ni semua tak jadi.. Semua ke laut jadinya.. Padahal aku dah buat semuanya sungguh-sungguh dah." 

"Bila?" Ambo bertanya

"Bila apa tu Mi?" soal dia lagi

" Bila ko ke laut tu bro?" (Sambil ambo ketawa) 

"Ko ni dah kenapa Mi, aku serius ni! Kang tak pasal-pasal Kena sepak kang!" 

Ambo ketawa besar.. Sambil lihat dia juga tersenyum dengan lawak bodoh tu. Dan marah dia sedikit kendur dah. 

‏ู„َุง ุญَูˆْู„َ ูˆَู„َุง ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ْุนَู„ِูŠِّ ุงู„ْุนَุธِูŠู…ِ

" Bro, aku rasa aku kena alih posisi dulu ni. "

" Kenapa pulak wei? " tanya dia lagi. 

" takdela, lesung pipit budak pompuan tu macam lembing la tajamnya." kemudian ambo ketawa dan menukar tempat. 

" Haaa apalagi, pergi la bagi salam. Memang cantik-cantik budak UKM ni. " kawan ambo memberi arahan sambil tersenyum memandang seorang gadis cantik di meja sebelah. 

" dah. " balas ambo

" Apa yang dah? " tanya kawan ambo hairan. 

" Dah bagi salam lah." tegas ambo lagi. 

" Bila pulak ko bagi salam ni? " dia makin hairan. 

" Aku bagi salam dalam hati la!" jawab ambo sambil ketawa. 

" Memang celakak la ko Mi. Dah balik soalan aku tadi. "

Ok. Ok ๐Ÿ‘Œ bro. 

" Bro, ko tahu tak kenapa ko benci sesuatu ?" 

"Tak." 

jawabnya ringkas sambil menyalakan api rokok DUNHILL di bibirnya. 

"Kenapa?" Tanyanya lagi

Sebetulnya kita ini tidak akan pernah membenci sesuatu jika kita tidak pernah mencintai atau menyukai sesuatu itu dahulu. 

" Apa maksud ko ni Mi?" Beliau meminta penjelasan 

ุฃุณْุชَุบْูِุฑُ ุงู„ู„ู‡َ ุงู„ุนَุธِูŠู…َ ุงู„َّุฐِูŠ ู„ุงَ ุฅู„َู‡َ ุฅู„ุงَّ ู‡ُูˆَ، ุงู„ุญَูŠُّ ุงู„ู‚َูŠُّูˆู…ُ، ูˆَุฃุชُูˆุจُ ุฅู„َูŠู‡ِ

" Tuhan itu maha bijaksana bro. Dan setiap orang mempunyai jalan yang berbeza untuk bertemu dan mencari Tuhan. Ko memang mengungkapkan benci pada tuhan. Tapi itu tidak bermakna ko betul-betul benci pada tuhan. 

Sebab terkadang ungkapan benci itu hadir kerana ko tidak mampu mengungkapkan rasa kasih dan sayang ko padaNya. "

" Kenapa macam tu Mi? "Kali ini mukanya berubah. Nada suaranya turut berubah. Dia kelihatan terkejut. 

" Mungkin kerana kesalahan yang kita buat."

Jawab ambo sambil memberi penerangan. 

" Sebab kita ni manusia. Bila kita tidak solat. Tidak buat apa yang tuhan suruh. Buat pulak kesalahan yang diiktiraf sebagai dosa, kita rasa malu. Kita tahu adanya Tuhan tapi kita takut nak akui keesaan tuhan kerana kita diselubungi dosa." 

Haah.. 

" Betul jugak tu mi. Mungkin Tuhan pun marah dan bengang dengan aku kan? Aku ni solat fardu pun jarang2 buat. Yang sunat-sunat tu jangan cakap lah. Tapi aku dah bersunat mi. Sumpah! "

Katanya sambil menyalakan sebatang lagi rokok dan tersenyum kambing. 

"Memang tuhan itu akan menghukum kita jika kita buat silap.Tapi ko jangan lupa, Tuhan itu juga yang maha pengasih dan penyayang. 

Ko ingatkan, ada kisah mahsyur bagaimana pelacur yang bagi minum anjing yang haus boleh ke syurga tu." 

"Allah..." Katanya.. Matanya kelihatan berair. 

Soal kebenaran cerita tu kita bincang masa lain. Tapi itulah antara yang masyhur. 

Rakan ambo mengangguk faham. 

"Mi.. Dah cukup.. Kalau ko sambung cerita,menangis aku ni.. Jom kita blah.." 

Ambo tersenyum sambil menjawab

"Baru cerita sikit dah berair, tadi bukan main marahnya.." 

Dia tersenyum sambil menggelengkan kepala. 
-- - - - - - - - - - 

Beberapa minggu kemudian kami berjumpa lagi di situ. Tapi kali ni dia kelihatan tenang dan sedikit ceria. 

"Payah betul nak jumpa ko sekarang mi!" 
katanya memulakan perbualan. 

Haha.. ๐Ÿ˜Š 

Ambo senyum sambil menjawab sedikit berfalsafah. 

" Kita ni kadangkala macam matahari bro. Bila jauh orang dapat lihat cahaya kita. Tapi bila dekat cahaya itu menyebabkan orang itu buta & tidak dapat melihat adanya kita." 

"Apa ko mengarut ni wei. Ko jangan nak Start cakap macam A samad said boleh tak? Soalnya sambil terus saja menyambung... Mi, aku dah mula solat fardu ni.." Katanya 

"Alhamdulillah." 

jawab ambo sambil Order Maggi goreng mamak. 

"Dan aku pun dah tak skip solat Jumaat dah mi. Semalam aku pergi solat Jumaat lewat tapi ada benda pelik berlaku." 

"Pelik? Apa benda tu?" tanya ambo lagi. 

" Masa tu tak de parking, sebab lewat sangat hanya ada satu je Spot parking yang available .. Kat tepi tong sampah. Nak parking jauh lewat dah.. So aku parking je tepi tong sampah tu. Tapi bila aku bukak pintu kereta.. Pergggh bau tong sampah tu gila bapak punya kuat.. "

 haha ๐Ÿคฃ ๐Ÿคฃ ๐Ÿคฃ ambo gelak.. 

" Habis ko buat apa? "

" Apalagi.. Aku tutup kereta dan aku cakap lah. 

" ya Allah.. Dah xde tempat dah ni.. Aku selalu tuang Jumaat. Kali ni aku tak nak tuang dah.. Kalau busuk busuklah. Aku tawakal je"

Betul ko cakap macam tu? Ambo mencelah 

"Haah..exact words" jawabnya. 

" Lepas je solat Jumaat aku pergi ke kereta.. Dah sedia dah ni nak bau busuk.. Sekali bila masuk dalam kereta. Kereta aku tu bau kasturi Mi.

Memang kuat giler bau kasturi. Sebijik kereta aku harum dengan bau kasturi. Allah,menangis aku. "

Allahuakbar ya karim balas ambo sambil melihat rakan ambo mengesat air matanya.

" Memang Allah maha besar Mi! "katanya lagi.. 

" Memang dia maha penyayang. Trima kaseh mi kerana ingatkan aku. "

" Allah. Sebenarnya ambo lah yang patut berterima kasih kepada ko bro sebab ko lah yang mengingatkan ambo kepada Tuhan. Ko juga mengingatkan ambo betapa besarnya anugerah bertuhan." 

"Alhamdulillah" katanya sambil senyum. 

"Mi, hari ni aku belanja. Order je apa ko nak makan!" 

Dan alhamdulillah selepas itu rakan ambo ni mula mengaji agama balik secara perlahan-lahan. Kami boleh solat jemaah sekali dan kali terakhir jumpa dia, dia juga boleh jadi imam solat kepada ambo. Alhamdulillah. 

Hari ini beliau sentiasa menjaga solat beliau. 

Bahkan beliau selalu berada dalam keadaan berwuduk. 

Bila bercakap dengan beliau sekarang, sebut je pasal Sayyidina Rasulullah shallallฤhu alaihi wassalam, terus saja beliau menangis 

۞ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ۞

" Ko kena doakan aku sekarang bro. Jangan lupakan aku!"

" InsyaAllah Mi, mana aku boleh lupa ko. Ko je orang paling sabar dengar cerita mengarut aku dan ko jugalah selalu buat aku ketawa dengan cerita mengarut ko tuh!"

Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š moga Allah berkati persaudaraan ini.

Sekian.

Amacam? Ok tak?

Terima kasih kerna membaca. Anda memang awesome!

Kalau anda baca habis dan tinggal komen, anda 3 kali awesome! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Comments

Popular Posts