Suluk Korona Di antara tarbiah Allah kepada kita

Setelah kita semua melalui suluk atau khalwah Korona atau PKP ini, setiap dari kita punyai kesimpulan dan pengajaran yang tersendiri yang boleh kita pelajari. 

Semalam semasa ambo bersiar siar di dunia maya menikmati beberapa rangkaian mutiara kata Sheikh Mutawalli sya'rawi, ambo terjumpa satu tulisan Arab bertajuk

من تربية الله لك

Bermaksud diantara tarbiah Allah kepadamu. 

Agak panjang tulisan arab ini. Tulisan ini walaubagaimana pun tidak didasarkan kepada mana-mana nama ulama atau kitab. 

Hari ini dengan bantuan Google ambo cuba untuk memahami maknanya al maklumlah dah lama tinggal bahasa Arab. Berkarat teruk dah. 

Bagi ambo, tulisan ini sangat sesuai untuk kita baca selepas Suluk Korona ini. 

Pagi ini dengan bantuan Google dan juga bantuan daripada Syeikh Azalee dan Syeikh Abdul Rahman Tharin, ambo sedikit sebanyak mampu memahaminya. 

Alhamdulillah 😊 pada petang tadi, Syeikh Azuan pula singgah sebentar di sini untuk minum ayaq panas en route balik Machang. Kesempatan yang ambo gunakan dengan baik.

Syeikh Azuan juga sempat membantu ambo memahami dan menterjemah tulisan ini kepada ambo sambil menikmati air coklat panas beliau. 

Ambo letak disini semoga ada manfaat kepada orang yang membacanya. Jika ada silap dan salah, mohon dibetulkan ya. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

من تربية الله لك (1)…
قد يبتليك الله بالأذى ممن حولك حتى لا يتعلق قلبك بأي أحد لا أم ولا أب لا أخ ولا صديق، فيتعلّق قلبك بهِ وحده

 Termasuk tarbiah Allah terhadapmu

1) Terkadang Allah mengujimu dengan gangguan dan sesuatu yang menyakitkan dari orang yang ada di sekeliling mu, sehingga hatimu faham untuk  tidak bergantung kepada siapapun. Tidak bergantung kepada ibu, bapa, saudara, dan teman. Akan tetapi, hatimu telah faham untuk bergantung kepada-Nya saja.

من تربية الله لك (2) …
قد يبتليك ليستخرج من قلبك عبودية الصبر والرضى وتمام الثقة به هل أنت راض عنه لأنه أعطاك؟ أم لأنك واثق أنه الحكيم الرحيم

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu…

2) Terkadang Dia mengujimu dengan tujuan untuk mengeluarkan dari hatimu sifat kehambaan. Sabar, ridha, dan percaya diri kepada-Nya. 
Apakah kamu ridha kepada-Nya kerna Dia telah memberi kepadamu sesuatu? Atau kerna kamu percaya, bahwa Dia adalah Zat yang penuh dengan hikmah (dalam segala kehendak dan perbuatannya) lagi Maha Penyayang?

من تربية الله لك (3)…
قد يمنع عنك رزقا تطلبه لأنه يعلم أن هذا الرزق سبب لفساد دينك أو دنياك، أو أن وقته لم يأت، وسيأتي في أروع وقت ممكن

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu

3) Terkadang Dia mencegah darimu rezeki yang kamu minta, sebab Dia tahu bahwa sesungguhnya rezeki tersebut akan menjadi penyebab rosaknya agama atau duniamu. Atau, waktunya belum tiba untukmu dan akan tiba pada saat terbaik yang akan ditetapkan oleh Nya. 

من تربية الله لك (4) …
قد ينغص عليك نعمة كنت متمتعاً فيها لأنه رأى أن قلبك أصبح “مهموما” بالدنيا فأراد أن يريك حقيقتها لتزهد فيها وتشتاق للجنة

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu

4) Terkadang Dia tidak memberikanmu kenikmatan dengan sempurna, yang kamu telah nikmati. Sebab, Dia melihat bahwa hatimu telah menyukai dunia, lalu Dia berkehendak memperlihatkan padamu akan hakikat dunia, agar kamu menikmati zuhud, memandang pada dunia seadanya dan merindukan surga.

من تربية الله لك (5)…
أنه يعلم في قلبك مرضاً أنت عاجز عن علاجه باختيارك.. فيبتليك بصعوبات…تخرجه رغماً عنك تتألم قليلاً…ثم تضحك بعد ذلك

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu…

5) Sesungguhnya Dia mengetahui penyakit di hatimu yang kamu tidak mampu menemui penawarnya sesuai dengan kemauanmu, lalu Dia mengujimu dengan kesulitan-kesulitan yang semuanya itu akan mengusir penyakit tersebut walaupun kamu merasakan sedikit sakit dan pedih, namun kemudian kamu akan tertawa setelah itu.

من تربية الله لك (6) …
أن يؤخر عنك الإجابة حتى تستنفد كل الأسباب وتيأس من صلاح الحال ثم يُصلحه لك من حيث لا تحتسب حتى تعلم من هو المُنعم عليك

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu…

6) (Terkadang) Dia menunda terkabulnya doamu sehingga kamu menghabiskan segala sebab dan usaha (untuk mewujudkan harapan dan mencapai cita-cita) dan kamu berputus asa dari keadaan yang baik, namun kemudian Dia memperbaiki keadaanmu dalam keadaan kamu sekali pun tidak menyangkanya, sehinggalah kemudiannya kamu mengetahui bahwa Dia-lah yang menganugerahkan kenikmatan tersebut terhadapmu.

من تربية الله لك(7)…
حين تقوم بالعبادة من أجل الدنيا يحرمك الدنيا حتى يعود الإخلاص إلى قلبك وتعتاد العبادة للرب الرحيم ثم يعطيك ولا يُعجزه

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu 

7) (Terkadang) Ketika kamu sedang melaksanakan ibadah karena berniat mencari dunia, lalu Dia menghalang-halangi kamu dari dunia sehingga keikhlasan dapat kembali hadir di dalam hatimu, dan kamu dapat terbiasa beribadah karena Rabb yang Maha Penyayang, kemudian akhirnya Dia memberikanmu (dunia tersebut) dan tidak melemahkan keikhlasanmu.

من تربية الله لك (8)…
أن يُطيل عليك البلاء ويُريك خلال هذا البلاء من اللطف والعناية وانشراح الصدر ما يملأ قلبك معرفة به حتى يفيض حبه في قلبك

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu 

8) (Terkadang) Dia memperlama ujian dan cobaan pada dirimu dan Dia hendak memperlihatkan padamu disela-sela cobaan ini; kasih sayangNya , pertolonganNya , dan memberimu perasaan lapang dada yang memenuhi hatimu, yang kamu mampu untuk memahami pemberian ini dengan baik, sehingga kecintaan tersebut memenuhi hatimu.

من تربية الله لك(9)…
أن يراك غافلا عن تربيته وتُفسر الأحداث كأنها تحدث وحدها فيظل يُريك من عجائب أقداره وسرعة إجابته للدعاء حتى تستيقظ وتُبصر

 Termasuk tarbiah Allah terhadapmu

9) (Terkadang) Dia melihat dirimu lalai untuk mendidik hatimu dan menafsirkan semua kejadian-kejadian seakan-akan semuanya terjadi dengan sendirinya, kemudian Dia memperlihatkan padamu sebagian dari keajaiban takdir-takdir-Nya dan pengabulan-Nya yang cepat terhadap doa, sehingga (ketika itu) kamu bisa bangun dan sadar dari kelalaian tersebut.

من تربية الله لك(10) …
أن يعجل لك عقوبته على ذنوبك حتى تُعجّل أنت التوبة فيغفر لك ويطهرك ولا يدع قلبك تتراكم عليه الذنوب حتى يغطيه الرّان فتعمى

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu

10) (Terkadang) Dia mempercepat turunnya hukuman-Nya terhadap dirimu atas dosa-dosamu sehingga kamu dapat segera bertaubat, lalu Dia mengampunimu dan menyucikanmu dan tidak membiarkan dosa-dosamu terkumpul dan memenuhi hatimu, sehingga hatimu tertutup dengan noda hitam yang menyebabkan hatimu menjadi buta.

من تربية الله لك (11)…
أنك إذا ألححت على شيء مصراً في طلبه متسخطاً على قدر الله يعطيك إياه حتى تذوق حقيقته فتبغضه وتعلم أن اختيار الله لك كان خيرا لك

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu

11) Sesungguhnya ketika dirimu terus menerus berusaha memohon sesuatu serta marah-marah terhadap qadar Allah (karena belum mengabulkan keinginanmu), maka Dia memberikan dan mengabulkannya untukmu sehingga kamu dapat merasakan hakikat (keburukan hasil)nya, lalu kamu membencinya dan kamu baru mengetahui (ketika itu) bahwa pilihan Allah untukmu lebih baik bagimu.

من تربية الله لك (12) …
أن تكون في بلاء … فيُريك من هو أسوأ منك بكثير (في نفس البلاء) … حتى تشعر بلطفه بك وتقول من قلبك: الحمد لله

Termasuk tarbiah Allah terhadapmu

12) Suatu ketika kamu tertimpa cobaan, lalu Dia memperlihatkan kepadamu orang lain yang tertimpa cobaan yang sama denganmu, akan tetapi keadaannya jauh lebih buruk daripada dirimu, sehingga kamu dapat merasakan belas kasih-Nya terhadap dirimu dan kamu mengatakan di dalam hatimu: 

Alhamdulillah.

من تربية الله

أن يُعينك في بداية التزامك ويشرح صدرك وييسر عليك
حتى تثبت
ثم يبتليك بما تُطيق
ليمحص قلبك.. ويرفع درجتك

 Termasuk tarbiah Allah kepadamu 

13) Allah mempermudahkan kamu di awal perjalanan Mu, menguatkan iltizamMu, meluaskan dada Mu sehingga kukuh hatimu. Kemudian kamu dihamparkan dengan ujian. 
Untuk menjadikan hatimu lebih kukuh
Dan menaikkan darjatmu

من تربية الله

أن يُريك الناس الذين تحسدهم من أهل الدنيا، فيكشف لك بلاءاتهم التي يشيب لها الرأس!

حتى تعلم أنه حكيم وعدل
وأنه ما ظلمك.. إنما لطف بك

Termasuk tarbiah Allah kepadamu 

14) Allah memperlihatkan kepadamu orang-orang yang kamu dengki padanya kerna kelebihan dunia yang mereka ada. Kamu iri pada mereka kerna kelebihan itu sehingga Allah memperlihatkan pula kepada kamu keburukan yang terselindung di sebalik kelebihan yang mereka zahirkan. 

Ketika itu baru kamu sedar betapa adil dan bijaksananya Allah Taala

Dan kamu mulai faham bahawa
Allah tidak pernah sesekali menzalimi kamu 
Bahkan Allah sangat mencintai kamu dan sentiasa melimpahkan kamu dengan kasih Sayangnya. 

من تربية الله

أنك كلما انتقدت عطاياه، وتسخطت على اختياراته لك، وركزت على نقائصها
سلبها منك
حتى تدرك قيمتها
فتتعلم الشكر.. والأدب معه سبحانه

Termasuk tarbiah Allah kepadamu 

15) Apabila kamu selalu merasa tidak puas hati terhadap pemberianNya padamu,dan kamu selalu mempertikai pilihanNya padamu, dan kamu juga senantiasa melihat kekurangan yang ada di sebalik pemberian itu. 

Ketika itu Dia akan menarik balik pemberian itu

Barulah kamu mulai memahami betapa bernilainya
PemberianNya itu kepadamu
Sehingga ia membuatkan kamu tahu 
apa erti kesyukuran 
Dan ia juga mengajar kamu bagaimana untuk
Beradab dengan pilihan tuhan keatasmu. 

من تربية الله

أن يضع أمامك الأشخاص
- إما الذين يجعلونك تحمد الله على نعمته عليك
- أو تستغفر الله على تقصيرك في حقه

Termasuk tarbiah Allah kepadamu 

16) Dia meletakkan di sekitar kamu orang-orang yang akan selalu memberi ingatan kepada kamu 

Orang yang akan mengingatkan kamu untuk selalu bersyukur kepadanya. 

Orang yang akan selalu mengembalikan ingatan kamu kepadaNya. Orang yang akan menggalakkan kamu untuk sentiasa bertaubat dan melihat kesalahan di dalam diri kamu sendiri. 

تربية الله

الله ~الرب~
يربينا بعدد أنفاسنا
يربينا بالأقدار التي يجريهاعلينا

هل يجريها علينا عبثا؟
حاشاه

لأنه
الحكيم
الرحيم
القدير

Itulah tarbiah dari Allah

Allah
Dialah Tuhan
Dia juga Pendidik

Yang sentiasa memberi kita didikan
Di setiap hela nafas kita
Dan memberi kita faham
Bahwa setiap takdir yang berjalan 
mengikut aturannya 
Adanya hikmah yang tersembunyi 

Apakah takdirnya kepada kita itu sesuatu yang sia-sia? 

Tidak sama sekali

Kerna apa? 

Kerna Allah itu tuhan

Yang maha bijaksana 
Yang maha pengasih 
Yang maha menakdirkan 

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Semoga ada manfaat. Terima kasih.

Comments

Popular Posts