Selamat ulang tahun ke 50 UKM

L18 Mei ini, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menyambut ulang tahun ke 50 nya. Jubli Emas.
Universiti yang tertubuh melalui harapan dan idea nasionalis ini terus teguh dan kukuh menghadapi zaman dengan aspirasi kebangsaannya.

Di sini, ibarat Tanah Melayu kecil. Malaysia kecil.

Semua bangsa bersatu menikmati ilmu melalui keindahan Bahasa Kebangsaan.

Terlihat indah apabila semua mahasiswa yang berbeda bahasa, budaya, agama dan cara hidup disatukan melaui budaya kebangsaan.

Kita belajar memahami di antara satu sama lain di dewan kuliah dan aktiviti kokurikulum. 

Kita belajar menghakis rasa curiga dan menyemai benih kepercayaan di antara kita lewat debat, perbincangan dan hilai tawa. 

Jelas, budaya dan bahasa itu mampu menyatukan semua walaupun akarnya berbeza.

Di sini, kita semuanya dilatih menjadi rakyat Malaysia. Dilatih supaya mencintai tanah air ini dengan segala kelebihan dan kekurangannya.

Kita akur bahawa segala beda yang ada di antara kita, adalah ruang untuk kita gunakan supaya negara ini menjadi negara yang lebih baik.

Kita faham bahwa kepelbagaian yang ada di negara kita merupakan satu hikmah dan anugerah tuhan kepada negara kita. Dan ianya perlu digunakan dengan sebaik mungkin.

Kita masuk mendaftar sebagai orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban, dan lain-lain. Namun di majlis graduasi, kita mendaftar keluar sebagai Rakyat Malaysia 🇲🇾.. 

Ini tanah tumpah darah kita. Ini negara kita bersama. 

Semoga tuhan memberkati perbukitan Bangi ini. 

Semoga tuhan memberkati juga semua orang yang terlibat di dalam penubuhannya.

Ambo bertuah sempat menikmati ilmu dan persaudaraan selama beberapa purnama di tanah bertuah ini walaupun bintang ambo tidaklah berapa terang sinarnya berbanding alumni yang lain.

Gambar di bawah ini merupakan gambar ketika ambo membuat kunjungan hormat kepada Prof. Datuk Dr. Mohamed Salleh bin Mohamed Yasin yang merupakan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-8 di minggu terakhir beliau di UKM. 
Selamat menyambut Jubli Emas, UKM

Ikhlas Dariku,
Suzaime Zakaria
Pelajar kerusi belakang
Di Fakulti paling belakang 
Sungai Tong

* Artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 14 May 2020

Comments

Popular Posts