Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak


Bulan Ramadan adalah bulan melawan. 

Ya... Melawan. Menentang. Bersemuka. Bergocoh. 

Dengan siapa? 

Dengan musuh yang sedia ada di dalam diri kita.

Nafsu yang sering menggoda. Bisikan halus yang memanggil. Ilham yang tidak jernih. Rasa yang menipu. 

Semua ini wajib kita lawan. Lawan dengan sepenuh hati. Jangan biarkan musuh itu sesekali mengatasi kita. 

Biar kalah. Tapi jangan mengalah. 

Biar dijatuhkan. Jangan sengaja menjatuh.

Biar ditipu. Jangan menipu. 

Sekali kalah dalam pertempuran tidak bererti kita akan kalah dalam peperangan. 

Terus. Terus. Terus bangkit melawan. 

Kita sudah diberi senjata. 

Quran. Pegang Quran. Buka. Baca ia dengan tertib. Fahami maknanya. 

Solat. Perhatikan waktunya. Dirikan solat. Dirikan. 

Zikir. Amal ia dengan ilmu dan caranya. 

Baca. Baca perkara yang baik-baik. Mulakan dengan menyebut nama tuhan. 

Ibadah. Teliti niatnya. Pastikan semua peraturannya diikuti. 

Ini bulan melawan. Bukan membawang.
Ini bulan melawan. Bukan membahan. 
Ini bulan melawan. Bukan menyerah pada keadaan. 

Kita lawan perangai buruk. 
Kita lawan perasaan buruk. 
Kita lawan niat buruk. 
Kita lawan rancangan buruk. 

Kita lawan apa sahaja perkara yang menjauhkan kita kepada tuhan. 
Kita lawan apa sahaja yang bersalahan dengan akhlak pesuruh tuhan. 

Lawan. Terus lawan. 

Bukan dengan kelebihan yang ada pada diri kita. 
Bukan dengan kekuatan fizik dan mental kita. 
Bukan dengan kerajinan kita melakukan taat atau kepatuhan kita meninggalkan maksiat. 

Kita lawan dengan jiwa seorang hamba. Yang mengerti bahawa insan itu penuh dengan kekurangan. Penuh dengan kelemahan. Yang maha kuat hanyalah tuhan sekalian alam. 

Dengan kekurangan dan kelemahan inilah akhirnya kita akan mengerti. 

Erti sebenar sebuah kekuatan. 

Ya Rabb, 
Beri kami kekuatan untuk melalui bulan ini sebagai seorang hambaMu

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

 * Artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 23 April 2020

Comments

Popular Posts