Seindah Dendrobium crumenatum. Seharum pesan Sunan Drajat


Dari dalam rumah tercium bau yang harum. Wangi. Ambo menjejak bau itu dan akhirnya berjumpa dengan sumber bau itu. 

Bau itu berasal dari beberapa pokok Orkid Merpati atau Dendrobium crumenatum yang ditanam oleh abang ambo di tepi rumah. 

Makin dekat makin kuat bau wanginya. Pergh. 

Bila mendekati bunga itu, telah ada kumbang atau lebah atau apa-apalah yang sama waktu dengannya di situ. 

Oooo rupa rupanya ambo lambat lagi. Patutlah orang tua suruh kita hafal kata-kata keramat mereka. 

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. 

Haha 😂 gurau je ye. 

Menikmati harum bunga, menyaksi keindahannya serta melihat betapa intimnya bunga itu dengan si kumbang liar dengan izin Allah mengingatkan ambo kepada salah satu prinsip daripada 7 prinsip Sunan Drajat. 

Wenehono teken marang wong kang wuto. 
Wenehono mangan marang wong kang luwe. 
Wenehono busana marang wong kang wuda. 
Wenehono pangiyupan marang wong kang kudanan. 

Yang artinya:

Berikan tongkat pada orang yang buta. 
Berikan makan pada orang yang lapar. 
Berikan pakaian pada orang yang telanjang.
Berikan tempat berteduh pada orang yang kehujanan.

Makna yang lebih mudah kita faham adalah begini. 

Berilah ilmu agar orang menjadi pandai. 
Sejahterakanlah kehidupan masyarakat yang miskin. Ajarilah kesusilaan pada orang yang tidak punya malu. Serta berikanlah perlindungan pada orang-orang yang menderita.

Dalam situasi Covid-19 ini, memang rasanya tepat sungguh pesanan ini buat kita. 

Bila mengingati Sunan Drajat, atau Raden Qosim kita akan secara automatik ingat kepada ayah beliau iaitu Sunan Ampel dan abang beliau iaitu Sunan Bonang serta beberapa orang lagi ulama yang tergolong dalam kumpulan Wali Songo. 

Kerana usaha beliau menyampaikan Islam tanpa jemu, Sunan Drajat di kurnia gelar Sunan Mayang Madu oleh pengasas kesultanan Demak iaitu Raden Patah atau gelar Baginda, Sultan Abdul Fattah Alam Akbar Syah. Baginda juga merupakan putera raja terakhir Majapahit. 

Baginda diangkat selaku sultan Demak oleh Majlis Fatwa Wali Songo. Bahkan beliau juga adalah murid kepada Sunan Ampel dan juga menantu Sunan Ampel. 

Di bawah kerajaan Baginda, dibina sebuah bangunan ikonik iaitu Masjid Agung Demak. Masjid ini pula adalah air tangan Sunan Kali jaga. 

Allah. Larut kita dalam mengingati sejarah Wali Songo. Bagaimana mereka mampu menghidupkan dakwah dengan penuh bijaksana dan menghadapi rintangan dengan penuh ketabahan. 

Setelah sampai di kedai, sambil buat kerja, ambo kembali membaca sejarah Wali Songo di tanah seberang dengan bantuan professor Google. 

Tiba- tiba masuk satu mesej dalam whatsapp ambo. 

" Zaime, kek 3 benua on d way!" 

Allahu akbar ya karim. 😁
Betullah kata ulama. Menyebut nama orang-orang soleh itu InsyaAllah di antara sebab turunnya rahmat Allah. 

Wallahua'lam. 

Alhamdulillah 😊. Pagi ini Allah memberi izin kepada kita melihat perkara yang indah. Mencium bau yang wangi. Mendengar perkara yang memberi kebaikan. Menikmati makanan yang sedap serta mengingati perkara yang baik-baik. 

Moga Allah rahmati hari kita pada hari ini. Dan jauhkan kita dari segala mara bahaya.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Oooh ya. Kek sedap ini dibuat oleh rakan sekelas di sekolah rendah ambo mula. Puan Zurakmaliza. Siapa yang berkenan bolehlah berbincang dengan beliau di pautan ini. Memang sedap sengoti. 

https://www.facebook.com/zurakmaliza.sanusi

* artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 14 April 2020

Comments

Popular Posts