Perarakan Garam Gandhi


Sekitar 12 Mac 1930 hingga 5 atau 6 April 1930 Gandhi telah memulakan kempen untuk membantah cukai dan akta garam secara aman terhadap British di India. 

Ia dikenal sebagai perarakan garam atau perarakan Dandi. 

( "Be the change that you want to see in the world.") 

Perarakan aman adalah sebahagian daripada pegangan beliau terhadap konsep satyagraha iaitu tentang berpegang kepada kebenaran. 

Kata beliau, " jika menggunakan cara yang tidak betul, perubahan ke arah yang lebih baik tidak akan berlaku. Perubahan yang dimulakan melalui satu tindakan yang jelas berlandaskan kebenaran dan matlamat yang benar sahaja yang akan memberi kesan kepada landskap politik serta perubahan ke arah yang lebih baik di dalam masyarakat." 

(Whenever you are confronted with an opponent. Conquer him with love.) 

Orang India ketika itu tidak dibenarkan mengutip dan menjual garam. Mereka dipaksa membeli garam drpd pihak British dan dikenakan cukai y tinggi. 

Walaupun pelbagai isu yang ada ketika itu, Gandhi berpandangan isu garam adalah isu yang amat penting. 

Kata beliau " selepas udara dan air, garam adalah satu keperluan penting buat rakyat India " 

(You may never know what results come of your actions, but if you do nothing, there will be no results) 

Namun beliau diketawakan oleh sebahagian besar politikus di India bila memilih untuk membawa isu ini sedangkan banyak lagi isu penting lain untuk manfaat rakyat dan isu2 besar yang boleh digunakan untuk meraih kemerdekaan India drpd British. 

Wakil tertinggi British di India ketika itu iaitu Lord Irwin juga hanya mengatakan 

" Perarakan Gandhi ini langsung tidak membuatkan saya terjaga malam " 

Walau bagaimana pun, sebelum memulakan perarakan ini Ghandi mengutus surat kpd wakil British mengemukakan hasrat untuk berbincang dan mengemukan 11 tuntutan beliau serta jaminan untuk tidak meneruskan perarakan jika British memberi apa yang mereka tuntut. 

Namun ia tidak dilayan pihak British. 

Kata Ghandi " saya melutut meminta roti, tapi mereka melemparkan kepada saya batu." 

(In a gentle way, you can shake the world.) 

Gandhi memulakan perarakan aman ini bermula dari kuil beliau disertai puluhan anak murid beliau yang dipilih khas untuk tujuan ini berjalan sejauh 240 batu dari Ahmedabad ke Dandi. 

Beliau tidak memilih ahli drpd parti politik beliau kerna ingin supaya perarakan ini dijalankan secara aman mengikut disiplin yang beliau terapkan. 

Setiap hari semakin ramai yang menyertai beliau. 

Sepanjang jalan Gandhi akan memberi maklumat dan penerangan kpd rakyat berhubung isu garam dan pentingnya rakyat untuk bersatu menentang akta zalim ini. 

Kata beliau lagi , dengan perarakan aman ini saya ingin dunia menyaksikan dan bersimpati kepada kami di sini. Kerna perjuangan ini adalah the battle of right against might. 

(As human beings, our greatness lies not so much in being able to remake the world - that is the myth of the atomic age - as in being able to remake ourselves.) 

Bila akhirnya Gandhi sampai di Dandi, puluhan ribu rakyat serta ratusan wartawan seluruh dunia telah menanti beliau. 

Keesokan paginya setelah rutin doa pagi beliau, beliau mengambil segenggam tanah berlumpur yang mengandungi garam dan mengatakan bbrp kalimah yang cukup popular. 

" Dengan garam ini, saya akan menggoncang empayar British." 

Kemudiannya beliau merebus tanah berlumpur itu dan memulakan proses membuat garam diikuti oleh ribuan penyokong beliau walaupun ketika itu orang India masih tidak dibenarkan untuk mengeluarkan garam sendiri. 

Pada akhir tahun 1930 itu majalah Time menamakan Gandhi sebagai Man of the year. 

Hampir 60000 orang ditangkap termasuk Ghandi. Beliau ditahan hampir setahun di penjara. 

Usaha beliau yang pada awalnya diketawakan ini akhirnya sedikit sebanyak berjaya menyatukan rakyat India dan membuka mata banyak pihak terhadap ketidakadilan British di India. 

Empayar British bergoncang kerna garam. 

17 tahun kemudian, India meraih kemerdekaan dan perarakan garam terus segar dalam lipatan sejarah India sebagai sebuah simbolik bagi kuasa rakyat dan bantahan aman.

First they ignore you,
then they laugh at you,
then they fight you,
then you win. 

Mohandas Gandhi dikenal kemudiannya sebagai Mahatma bermaksud the great soul. 

Mahatma Gandhi. 

Terpahat dalam sejarah India sebagai bapa kemerdekaan mereka, dibunuh dengan pistol ketika cuba untuk mendamaikan di antara pihak Hindu dan pihak islam yang bertelagah ketika itu. 

Ini cubaan bunuh Gandhi yang ke6. Ianya berjaya membunuhnya. 

Gandhi tidak sempurna. Banyak kelemahan. Sebahagian besar kelemahan beliau diakuinya sendiri di dalam autobiografi beliau. Namun cara berpolitik beliau itu dihormati kawan dan lawan. 

Di dalam buku Gandhi oleh Louis Fischer, Albert Einstein dikatakan pernah menulis tentang Gandhi. 
Gandhi had demonstrated, Professor Albert Einstein asserted, that a powerful human can be assembled not only through the cunning game of the usual political maneuvers and trickeries but through the cogent example of a morally superior conduct of life. In our time of utter moral decadence he was the only statesman to stand for a higher human relationship in the political sphere.

Kisah ini boleh dijadikan teladan baik dari sudut politik, kemanusiaan atau motivasi. Terpulanglah kpd kita  bagaimana kita melihatnya. 

Comments

Popular Posts