Salam Aidiladha 2020

Percayalah, 
hidup kita ini yang kembarnya mati adalah sebenarnya cerita tentang sebuah perjuangan yang berlandaskan pengorbanan.

Tuhan kita itu, 
tidak akan pernah mensia-siakan setiap pengorbanan yang kita upayakan dalam perjuangan kita untuk hidup bersamaNya. 

Namun perlu kita sadari, 
hanya pengorbanan yang ikhlas demiNya yang diterima. Sementara yang lain hanyalah menjadi penat lelah semata-mata.

Seperti debu berterbangan. 

Itulah ingatan yang dipusakai daripada para sesepuh kita. 

Anugerah paling bernilai adalah apabila tuhan sentiasa mengizinkan hati kita berada dalam keadaan " online" dan "automatically updated" denganNya supaya niat di hati kita itu senantiasa ikhlas mengerjakan setiap apa pun hanya kernaNya.

Keikhlasan itulah nantinya melahirkan sebuah rasa kasih dan cinta yang tulus lagi luhur yang membuatkan seorang hamba Allah itu terus tegak berdiri walau terlanggar duri.

Dengan ikhlas, 
ujian akan menjadi sebuah anugerah. 
Kesakitan akan dimengerti sebagai sebuah tanda cinta.
Kesulitan akan menjadi seumpama senyuman rindu.
Kesempitan terlihat luas. 

Disebalik semua kelemahan seorang manusia , disitu adanya pelbagai kekuatan sebagai seorang hamba. 

Rindu itu sememangnya berbekas. 
Dan cinta ada tandanya. 
Dunia selalu meresahkan sedang akhirat, memberi ketenangan serta rasa tenteram. 

Sepertinya kata baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam ketika di khandak

" Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang hakiki) kecuali kehidupan akhirat, maka ampunilah kaum Muhajirin dan Anshar.”

Di sebalik kerelaan Nabi Ibrahim alaihissalam, kepatuhan isterinya bonda Hajar rdha serta kepasrahan Nabi Ismail alaihissalam tersemat kukuh inti paling penting. 

Mereka rela menyembelih kebinatangan demi sebuah kemanusiaan.

Lalu membina cinta berpaksikan ketauhidan. 
( ayat tambahan guru ambo, prof Faridah 😀) 

Aidiladha kisah teladan, 
Ibrahim menurut arahan, 
Ismail wajib dikorbankan, 
Dan hari ini kitalah Ibrahim, 
ada ismail yang perlu kita korbankan. 
Lembu, unta, kambing hanyalah lambang. 
Simbolik sebuah pengorbanan. 
Dan untuk mengorbankan ismail. 
Kita perlu memahami Ibrahim.

Bismillahi Allahu akbar 
Allahu akbar walillahil hamd

Selamat Hari Raya IdulAdha
Semoga Allah menerima amal kita

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Comments

Popular Posts