Pertama

Malam ini, ketika ambo ralit menikmati buku tulisan Tere Liye bertajuk Tentang Kamu, sambil ditemani hujan renyai dan segelas teh o panas, ada seorang lelaki menyapa ambo di meja.

" Ni Suzaime eh?"
" Cam tak ambo?"

Ambo tersentak. Terkeluar secara mengejut dari dalam dunia lakaran Tere Liye.

Menarik nafas sekejap. Mengangkat muka, memandang kearah suara itu.

Ambo tersenyum. Haa sudah. Tak cam la siapa ni.

" Allah, maaf, ambo tak cam. Kita kenal kat mana eh? " Jawab ambo. 

Dia tersenyum. Dan berkata. 

" Ambo kenal dari tulisan di Facebook. Ambo ini asal dan tinggal di Kelate, tapi isteri ambo menyewa rumah di Taman Sri Intan. Dia mengajar di sekolah di kawasan ini. "

" Ooo ye ke? Alhamdulillah. Trima kaseh kerana menegur ambo deh."

Dan kami bertaaruf ringkas kemudiannya.

Alhamdulillah 😊. Ambo syukur pada Allah.

Malam ini, kali pertama ada orang menegur ambo dengan sebab sedikit tulisan ambo yang tidak seberapa di Facebook.

Mengenali ambo melalui tulisan. 

Alhamdulillah 😊. Semoga Allah menerima tulisan ambo di Facebook ini, sebagai amal soleh ambo di dunia dan akhirat dan semoga ia bisa dimanfaatkan dengan baik.

Oooh ye.

Terlanjur bicara tentang buku ini, ambo haruslah bercerita sikit tentangnya kan?

Ambo kenal nama Tere Liye ini sudah lama. Seorang penulis prolifik Indonesia. Ini nama samaran beliau. Kalau tak silap ambo, pekerjaan sebenar beliau adalah akauntan.

Sewaktu berfikir untuk memutuskan satu novel apa yang perlu ambo baca hasil tulisan beliau daripada koleksi tulisan beliau yang banyak itu, mata ambo cuma terpaku pada kulit buku ini.

Gambar kasut, tajuk ringkas dan nama samaran.

Gerak hati ambo mengatakan, terus aja pilih buku ini.

Teramat jarang sebenarnya, ambo membeli buku tanpa membaca sinopsisnya terlebih dahulu. 

Buku ini bagaimanapun agak lain. 

Sewaktu mula membacanya, ambo tersenyum.

Tersenyum kerna mula mengetahui kenapa gerak hati ambo begitu terarah memilih buku ini. 

Rupanya ia mengenai seorang peguam yang berasal daripada Indonesia yang sedang berkhidmat di sebuah firma guaman di London.

Beliau mendapat peluang untuk menjadi senior lawyer jika dapat menyelesaikan sebuah kes rumit. 

Kes dimana seorang tua yang berasal daripada Indonesia, meninggal di rumah orang tua di Perancis. Yang unik, harta peninggalan orang tua itu mencecah puluhan juta.

Bahasa Tere Liye ini ringkas dan mudah akan tetapi ada sedikit magis pada cara beliau bercerita.

Di antara petikan menarik adalah. 

1 - Setiap janji sesederhana apa pun, memiliki kehormatan"

2 - Ada banyak hal-hal hebat yang tampil sederhana. Bahkan sepertinya, banyak momen berharga dalam hidup datang dari hal-hal kecil yang luput kita perhatikan. Karena kita terlalu sibuk mengurus sebaliknya.

Alhamdulillah 😊 sebuah buku yang menarik.

Sebuah pengalaman yang indah malam ini.

Terima kasih kepada Tuan yang sudi menyapa ambo tadi.

Kisah pertama perlu dirakam sejarahnya.

* Artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 10 Jun 2020

Comments

Popular Posts