Nur Rahmat United II


'' Mat, ko masih mengopi di sini dari tadi? Masih meratapi kekalahan Manchester United kepada Chelsea pagi tadi ka?''


Soal Nur kepada Rahmat yang telah hampir sejam menikmati kopi di kedai kopi lama itu.

'' Ya, ya, memang disini sejak tadi. Wah, cantik kau hari ni ya macam Budi Citawan. Dari tadi, hanya kopi pahit ini yang sudi menemani aku. 😂 Haha.Kalah itu perkara biasa dalam bolasepak Nur. 

Sepertimana kata Sir Alex Ferguson ;

Pengalaman mengalami kekalahan dan bagaimana seseorang itu berhadapan dengannya adalah sebuah elemen penting bagi seorang juara.''

Jawab Mat sambil menjeling Nur yang sedang mengambil tempat duduk di meja itu.
''Dah kalah tu ngaku je la. Ko memang suka kan kopi yang pahit tu.Nasib baik la aku bukan penggemar kopi. Aku lebih suka teh. Budi Citawan? Siapa tu? ''

'' Ya betul, kopi ni memang pahit Nur,tapi ada yang lagi pahit daripada kopi ini.''

'' Ada yang lagi pahit? apa tu Mat?'' balas Nur penuh jujur.

'' Yang paling pahit adalah apabila kopilih dia bukan aku. haha'' 🤣🤣🤣 Mat ketawa besar. 

Ooo Budi Citawan tu pembaca berita RTM. Anak perempuan pelakon Wan Hanafi Su. 

Amboi,amboi, amboi sakan betul sekarang ni eh. Yang cantik semua kau tahu dan hafal kan. 

 Ok, Mat, kalau itu yang paling pahit, apa pulak yang paling manis?

Betul ko nak tahu ni Nur?

Haah, betul lah. Ujar Nur sambil membuat memek muka bergurau. 😁

''Yang paling manis adalah ( Mat terpaksa berhenti menahan gelak beliau, kemudian dengan penuh serius menyambung sambil mengenyit mata kanan beliau ) kopinang kau dengan Basmalah.''

Nur turut ketawa sambil kelihatan lesung pipit beliau yang cukup menawan itu.

'' Haha makin berani kau sekarang ni eh?''

Aku bukan baru makin berani Nur, kerna menyembunyikan keberanian itu tidak pernah bererti penakut.

'' Dah, dah Mat, jangan kau berfalsafah pulak dengan aku. Apa kau baca tu? ''

Ooo ini tentang mural pemimpin yang diconteng hari ini. Ada yang cuba memancing reaksi rakyat.


Memancing reaksi rakyat? Apa maksud kau Mat? Tanya Nur kehairanan.

Iyalah, kita penduduk Malaysia ini tidaklah teruk sangat untuk menconteng dinding ini. Terutamanya mural YdPA kita sendiri.Ini pastinya kerja samseng politik upahan yang cuba untuk mengukur sensitiviti reaksi rakyat terhadap politik semasa.

Maksud kau Mat, ini hanyalah perang saraf di antara politikus?

Ya,betul sekali Nur jawapan kau.Perang saraf di antara politikus.Dan usaha untuk menjarakkan rakyat. Jangan bagi mereka rapat dan bersatu. Rakyat yang berpecah belah lagi senang dimanipulasi oleh politikus.

Wah,makin berbisa kau sekarang ni kan, Nur?

Hmmm,tengoklah dengan siapa aku selalu bercakap.
Pengamat politik jalanan kan? Oooh ya, Kau pernah dengar tak nama Sapardi Djoko Damono, Mat?

Uish,sapa tu? Wak Jahid aku kenal lah.

Apa ni Mat, kata seniman kampung, tokoh besar sastera Indonesia pun tak kenal ka?

Oooo sasterawan Indonesia. Bukankah kalau tak silap aku, dia baru pulang mengadap ilahi beberapa hari yang lepas kan?

'' Haaa ingat pun kau. Ya betul. Semoga Allah merahmati beliau. Aku tak la kenal sangat beliau dan karya beliau, cuma puisi beliau tentang cinta sederhana itu cukup aku sukai.Kau ingat tak Mat? ''

Ya, puisi itu memang terkenal dan diminati ramai. Kalau tak silap aku macam ni. Dengarkan ya, deklamasi puisi oleh sasterawan jalanan ini.

Rahmat menarik nafas dan dengan perlahan membaca puisi itu sepenuh hati beliau.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
Dengan kata yang tak sempat diucapkan
Kayu kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
Awan kepada hujan yang menjadikannya tiada


Nur memerhatikan gelagat Rahmat membaca puisi sambil menikmati teh o ais limaunya.

'' Boleh tahan cara kau baca Mat, ada gaya la jugak. Jap, aku  baru ingat, kalau tak silap aku ada jugak seorang tokoh politik di Amerika yang baru meninggal kan? Kau tahu siapa dia dan apa kisah dia?

Nama dia John Lewis. Dia di antara lagenda gerakan hak asasi manusia di Amerika.Lebih 40 kali ditahan polis dan dimasukkan ke penjara.Dipukul dengan teruk dan pelbagai lagi la cerita dia.

Dia juga digelar The Big Six, iaitu enam orang yang bertanggungjawab mencetuskan perarakan terkenal pada tahun 1963.

Perarakan Washington untuk menuntut kebebasan dan kerja.

John Lewis, Martin Luther King Jr,James Farmer,A.Philip Randolph,Roy Wilkins dan juga Whitney Young. Inilah The Big Six. 

Yang paling terkenal di dalam perarakan ini adalah ucapan I Have a Dream oleh Dr Martin, namun ramai yang tak tahu,sebelum Dr Martin berucap, John Lewis yang ketika itu hadir sebagai pemimipin mahasiswa juga turut berucap dengan lantang.

Kamu tahu Nur, siapa yang menyebabkan John Lewis ini begitu kental menjadi pejuang jalanan menuntut hak asasi?

Entahlah.Siapa? Dr Martin ke? Manalah aku tahu Mat

Dr Martin itu mentor beliau. Mereka sebenarnya mendapat inspirasi untuk berjuang melalui seorang wanita yang digelar ibu kepada perjuangan hak asasi di Amerika.

Jap? Wanita? kau serius Mat?

Ya. Serius la ni. Walaupun Manchester United kalah,aku tetap jujur.haha.

Oit. Dah la pasal Manchester United kau tu.Siapa wanita ni? Soal Nur lagi.

Namanya Rosa Park.
Pada ketika itu iaitu pada tahun 1955, di Amerika masih ada undang-undang yang memisahkan tempat di antara warga kulit putih dan warga kulit hitam.

Segregation Law namanya.

Di kedai makan, di dalam bas, semua ada tempat khas yang berbeza. Tidak bebas seperti sekarang la.

Nak dijadikan cerita, satu hari ketika Rosa Park ni menaiki bas, beliau diarahkan ke tempat duduk lain kerana ada orang kulit putih juga turut menaiki bas itu.

Beliau enggan mengikut arahan pemandu bas sehinggalah polis datang membawa beliau ke balai polis. Beliau dibawa ke mahkamah dan akhirnya setelah berjuang,
undang-undang ini didapati bersalahan dengan hak asasi manusia.

Presiden Lyndon B Johnson menandatangani Civil Right Act pada tahun 1964 yang menamatkan undang-undang yang teruk ini. 

Penahanan beliau mencetuskan huru-hara dan demonstrasi di Amerika. Ketika inilah John Lewis mendapat semangat dan inspirasi untuk ikut serta berjuang.

Dan Rosa Park ini jugalah yang menjadi punca bagaimana Dr Martin Luther dikenali ramai. Beliau menjadi sebab adanya demonstrasi yang menonjolkan Dr Martin sebagai seorang ketua dan orator yang hebat.

Kau tahu tak apa kata Rosa Park, ketika beliau enggan menurut kata polis supaya mengubah tempat duduk beliau Nur? 

Tahu. Dia kata macam ni kan, Mat

" Entah berapa kali ku coba membohong hati... Ku ini." 

Hahaha 😂😂😂 oit apa masalah kau ni Nur. Tu kan lagu M Nasir. 

Yela, kau tahu dah aku tak tahu, cerita je lah. 

Rosa Park berkata

" Ramai orang menyangka aku tidak beralih tempat kerna aku sangat letih. Aku tidak letih secara fizikal sebenarnya akan tetapi aku sangat letih berputus asa dengan segala peraturan racist ini. Justeru aku harus melakukan sesuatu."

Ooo. Hebat dia kan Mat. Kalau aku, belum tentu dapat buat macam tu. 

Ya. Nur, kita belum tentu boleh buat sebegitu. 

Dan itulah juga perjuangan John Lewis sejak dulu. 

John Lewis selalu bercerita, Nur. 

Ketika dia kecil, dia selalu bertanya kepada mak ayah dia, kenapa orang kulit hitam tak boleh buat banyak perkara. 

Mereka hanya menasihati beliau supaya jangan bertanya dan ikut sahaja undang-undang. Jangan terlibat dalam masalah. 

Sehingga akhirnya Rossa Park membuka mata beliau bahawa kadangkala kita kena mencari masalah dan melibatkan diri dengan masalah. 

Masalah yang baik. Masalah yang diperlukan. Masalah yang boleh membuka jalan penyelesaian kepada pelbagai perkara baik. 

Kerna itu sejak dulu John Lewis konsisten mengatakan. 

Jangan kamu terendam lemas dalam lautan putus asa. Jadilah orang yang selalu berharap. Selalu bersangka baik. Kerna perjuangan itu tidak hanya memakan masa sehari, seminggu, sebulan atau setahun. Perjuangan ini adalah perjuangan seumur hidup kita. Jangan takut untuk membuat bising dan membuat masalah. Buatlah bising. Buatlah masalah yang baik. Masalah yang perlu. 


Ooo. Panjang sungguh cerita ko ni Mat eh. Letih aku mendengarnya. 

Eh, bukan ke kau yang tanya aku tadi Nur. Ok aku ada soalan untuk kau ni Nur. Apakah kau sudah sedia untuk terlibat dalam masalah yang baik? 

Nur tersenyum dan kemudian hanya membalas. 
😁😁😁😁

Nope. Tanak. 

Comments

Popular Posts