Menyesal beli - ulasan buku Andai Kau Kenal TuhanMu


Pernahkah anda semua,seperti ambo,membeli sesuatu dan kemudian menyesal? Menyesal kerna terbeli. 😡 

Kemudian teringat nasihat cikgu BM kita dulu yang selalu menyuruh kita menghafal kata orang tua.

Kata orang tua, sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna.

Kita semua pernah menghadapi situasi sebegini kan?

Inilah apa yang ambo rasa setelah membeli buku ini.

Menyesal sungguh!

Kenapa menyesal?

Kerna buku ini walaupun kelihatan nipis tapi isinya tebal.
Ayatnya juga ringkas tapi maknanya luas.
Bahasanya mudah namun intinya dalam.

Menyesal sungguh kerna baru hari ini ambo habis membacanya. Sepatutnya dah lama ambo beli dan menikmati buku ini.

Itulah penyesalan ambo sebenarnya.
hehe 🤣🤣🤣😁😁

Pada pandangan kampungan ambo, buku bertajuk '' Andai Kau Kenal Tuhanmu '' ini amat sesuai dibaca di musim Covid 19 ini.

Iyalah, kita boleh sahaja membaca buku daripada genre lain,seumpama sastera,
sejarah,politik,falsafah dan lain-lain,namun bacaan yang baik adalah bacaan yang mempunyai kesinambungan dengan apa yang kita lalui.

Apa yang kita lalui sekarang?

Ketidaktentuan hidup.Kelam kabut dunia. Ujian yang begitu menduga.

Semua ini mendorong kita untuk kembali kepada fitrah. Fitrah bahawa kita sebenarnya hamba.Hamba yang punyai TUHAN.

Dan TUHAN adalah tempat kita bergantung. Mengenali tuhan akan memberi kita pedoman dan cahaya yang terang untuk melalui gelap dunia.

Cara penulis mengenalkan kita kepada tuhan adalah dengan bahasa yang mudah dan bersahaja. Melalui kisah dan pengalaman hidup beliau.

Penulis memulai buku ini dengan memberitahu kita pesan daripada ayahandanya.

" Jangan suka dirimu dimuliakan. "

Riya,ujub,takabur ,sombong,megah diri adalah penyakit berbahaya yang wujud dalam diri seorang hamba.

Inilah penyakit berbahaya yang menjadikan seorang hamba itu lupa akan asal usulnya.

Lupa bahawa kita sebenarnya diciptakan oleh tuhan yang maha agung.

Kemudian penulis membawa misalan mudah bagaimana untuk kita melihat kepelbagaian yang ada di dalam agama. Walaupun berbeza,namun kita punyai tuhan yang sama.

Kita dibawa menelusuri kehidupan penulis yang pernah berdakwah di serata tempat samada di dalam atau luar negara.

Ada dikisahkan, bagaimana beliau yang tidak berapa mahir berbahasa Inggeris, terpaksa menggunakan bahasa itu untuk berhadapan dengan subjek dakwah beliau yang bukan beragama Islam dan tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Alhamdulillah,dengan izin tuhan, ada di antara mereka itu yang akhirnya memeluk agama Islam melalui tangan beliau. 

Inilah keindahannya. Keindahan apabila kita mengenal tuhan kita. 

Keindahan apabila kita memahami kelemahan kita sebagai seorang hamba dan memahami keagungan tuhan kita yang mnciptakan kita.

Penulis ini, iaitu Ustak Hanif Ibrahim atau lebih dikenali sebagai ustak Angah Sunan adalah seorang permata yang semakin bersinar dalam bidang dakwah.
Beliau jauh lebih muda daripada ambo,namun ilmunya jauh lebih tua. Beliau sedari kecil telah terdidik dengan ilmu dan adab daripada ayahandanya. 

Anda boleh mengikuti beliau di pautan ini.

https://www.facebook.com/angahsunan

Dan untuk membeli buku yang sangat bererti ini,anda tidak perlu keluar rumah.Tekan sahaja pautan di bawah ini yang akan membawa anda terus ke gerai Ustak Angah Sunan di Shopee. Langsung beli buku ini dengan beliau sendiri. 

Insya Allah,buku ini akan hadir di hadapan rumah anda dan nikmatilah ia. 

https://shopee.com.my/product/222688692/5615955786?smtt=0.0.9

Jangan jadi seperti ambo yang lambat membelinya.Lambat untuk membacanya.Kerna sememangnya buku ini adalah sebuah buku yang baik.

Boleh dibaca secara bersahaja.

Bersedialah, sedia untuk menikmati hujan dan menari kegembiraan di dalam kebasahan akibat air yang turun dari langit.

Ambo tinggalkan anda semua dengan sedikit petikan buku ini.

" Kehidupan ini adalah sebuah pelayaran, bumi adalah lautan dan akhirat adalah pulau. Seluruh Bani Adam a.s kini sedang belayar dalam lautan yang penuh gelora,luas,
panjang,ganas,damai,tenang,indah dan menggerunkan kita.

Kita tak boleh merungut pada lautan yang berombak kerana sifat lautan adalah berombak, kita juga tidak boleh marahkan angin yang kuat hingga kadangkala kapal kita kehilangan arah, lantaran memang sifat lautan adalah dibadai dengan angin yang kadangkala amat kuat.

Apa yang kita perlu lakukan, adalah kita perlu ada …….. "

Comments

Popular Posts