Mekar cinta di musim derita
Akhirnya notis penutupan masjid buat sementara telah dikeluarkan pihak Masjid Sungai Tong selaras dengan nasihat kerajaan pusat dan pihak berkuasa negeri.
Selama 2 kali Jumaat juga, kita di Terengganu ini khususnya tidak akan bertemu dengan Solat Jumaat.
Ya Rabb,
Walaupun kami terpaksa menutup masjid kami buat sementara, janganlah pula Engkau menutup hati kami buat selamanya.
Ya Rabb,
Jadikan penutupan masjid ini sebagai pembuka pintu hati kami. Supaya kami dapat melihat betapa indahnya keindahan dan keagungan milikmu.
Kita harus yakin tanpa sesekali ragu, bahawa dalam ujian itu adanya anugerah. Dalam kesulitan itu akan adanya kemudahan. Dalam runtuhan itu adanya khazanah berharga.
Dan dalam gelap yang pekat itulah kita akan menjumpai serta melihat cahaya yang terang.
Semoga dalam musim derita ini, kita dianugerahkan dengan sebuah cinta.
Hamba yang menemui jalan pulang menemui tuhannya.
اللهم ارحم أمة سيدنا محمد، اللهم اغفر لأمة سيدنا محمد ، اللهم اهدِ أمة سيدنا محمد، اللهم أصلح أمة سيدنا محمد، اللهم انصر أمة سيدنا محمد، اللهم فرّج عن أمة سيدنا محمد، كرامة لسيدنا محمد صلى الله عليه وآله وسلم
Ya Allah
rahmatilah Ummat Sayyidina Muhammad,
Ya Allah
Ampunilah Ummat Sayyidina Muhammad ,
Ya Allah
berilah hidayah petunjuk kepada Ummat Sayyidina Muhammad,
Ya Allah
perbaikilah urusan Ummat Sayyidina Muhammad,
Ya Allah
bantulah Ummat Sayyidina Muhammad,
Ya Allah
berilah kelepasan dan pembukaan buat Ummat Sayyidina Muhammad sebagai kemuliaan kepada Sayyidina Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
** artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 17 Mac 2020
Comments
Post a Comment