Lee Chong Wei. Terimalah kritikan tapi teruskan perjuangan.


Terimalah kritikan tapi teruskan perjuangan. 

Dato Lee Chong wei asalnya suka bermain bola keranjang, namun ia tidak disenangi oleh ibunya kerana cuaca panas. Permainan bola keranjang ketika itu dibuat di luar dewan. Outdoor.

Pada umur 11 tahun, ayahnya memperkenalkannya kepada sukan ini.Pada umur 17 tahun dia dimasukkan ke dalam skuad negara dan bertemu dengan coach Misbun sidek and the rest is history. 

Beliau tampil di Olimpik Rio cukup segak dengan memakai baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok sambil memegang bendera Malaysia. Ketika beliau memegang raket di atas gelanggang semua rakyat malaysia bersatu tanpa mengira kaum dan melupakan hasutan politik sempit perkauman dendangan politikus berkepentingan. 

Personaliti beliau yang cukup humble disenangi ramai. Jarang beliau bercakap dengan nada angkuh. Bahkan semalam pun selepas kalah kepada chéng Long, beliau masih sama. Di pujinya chéng long kerana katanya chéng long berhak menang sebab bermain lebih baik daripadanya. Disiplin dan dedikasi beliau terhadap sukan ini cukup luar biasa. Mungkin kerna sentuhan coach Misbun. 

Walaupun mengharumkan Malaysia dengan pelbagai kejuaraan serta berjaya menjadi pemain di ranking pertama dunia, beliau tidak lepas daripada menjadi bahan kritikan drpd umum. Bahkan Beliau pernah digelar  "The weakest world number one". Kegagalan beliau mendapat kejuaraan utama dunia menjadi topik gurauan sinis rakyat Malaysia. 

Kata coach Misbun, ini beban menjadi pemain nombor satu dunia. 

Namun, chong wei tetap chong wei. Beliau terus berusaha dan semalam, walaupun beliau kalah dan impian beliau untuk dapatkan emas pertama negara gagal, rakyat Malaysia memberi reaksi. 

Yang menghargai beliau jauh lebih ramai drpd yang terus mengkritik. 

Sebaik selesai menerima pingat, dengan air mata bergenang, beliau memohon maaf kpd semua rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia turut terkesan . Mereka mulai memahami pengorbanan beliau. 

Kata kawan ambo, at least chong wei konsisten menang perak di tiga olimpik berbanding Liverpool yang bersungguh untuk menang premier league tapi konsisten masih gagal atau keazaman tinggi Arsenal untuk muncul juara tapi masih konsisten hanya di top four. 

Kritikan. 

Sebahagian besar daripada kritikan itu biasanya adalah kritikan yang teruk, bukan kritikan membina. Itu lumrah.Menerima kritikan itu pula, hakikatnya suatu yang memedihkan, terutama apabila kita telah mencurahkan sepenuh usaha untuk melaksanakan sesuatu. Bila menerima kritikan, kita mempunyai 3 pilihan :

You can let it define you, let it destroy you, or you can let it strengthen you.

Ya. Bukan pilihan yang mudah. Untuk menjadi lebih baik, We should let the critisms strengthen us. 

Siapa agaknya yang paling teruk di kritik dalam sejarah manusia ? 

As for me, it is Baginda Rasulullah SAW. 

Bukan satu perkara yang senang untuk baginda SAW menyeru manusia kepada islam. 

Baginda saw dilabel dengan pelbagai nama yang teruk2. Baginda SAW dimaki. Baginda saw dicaci. Bahkan baginda SAW bbrp kali menerima ancaman untuk dibunuh. 

Namun baginda SAW mengajar kita sesuatu. Kepada yang membencinya, tetap beliau cintai. Kepada yang memakinya, tetap beliau hormati. Kepada yang selalu menganggunya, beliau tidak ambil hati. Kepada orang yang mendepani nya dengan pelbagai kata2 kesat, dijawab baginda SAW dengan penuh tertib dan bijaksana. Leher baginda SAW pernah diacukan dengan pedang, tapi baginda SAW membalas dengan kata2 yang mendamaikan. Pedang terjatuh, pemegangnya masuk islam. 

Bahkan orang yang membencinya tidak sanggup berdepan dan bersemuka dengan baginda SAW. Kerna senyumannya itu sahaja bisa melembutkan hati siapa yang memandang. Perkataan baginda SAW begitu indah dan sarat dengan kasih sayang. 

Allah. Betapa untungnya buat sesiapa yang diizinkan melihat senyuman itu. 

Baginda saw mengajar kita bagaimana berdepan dengan kritikan.Iaitu dengan akhlak yang mulia, dengan pemikiran yang bijaksana dan juga dengan sebuah keikhlasan untuk terus melaksanakan apa jua yang sedang diusahakan sebaik mungkin. 

Baginda saw menunjukkan bahawa pengkritik itu bukanlah musuh yang perlu diperangi. Bak kata Benjamin franklin:

Critics are our friends, they show us our faults.

Baginda saw juga menunjukkan betapa perlunya kita melaksanakan sesuatu dengan hikmah dengan mengetahui hujung pangkal sesuatu perkara sebelum kita ingin melemparkan apa jua kritikan. 

Kata Dale Carnegie :
Any fool can criticize, complain, and condemn—and most fools do. But it takes character and self-control to be understanding and forgiving.

Kritikan yang diberi itu pula perlulah dengan sebuah tanggungjawab. Bukan hanya setakat lempar batu sembunyi tangan . Sebagaimana peringatan yang diberi oleh Abraham Lincoln :

He has a right to criticize, who has a heart to help. 

Theodore Roosevelt pula telah memberi kesimpulan yang agak baik berkenaan kritikan ini dengan menyatakan :

It is not the critic who counts; not the man who points out how the strong man stumbles, or where the doer of deeds could have done them better. The credit belongs to the man who is actually in the arena, whose face is marred by dust and sweat and blood; who strives valiantly; who errs, who comes short again and again, because there is no effort without error and shortcoming; but who does actually strive to do the deeds; who knows great enthusiasms, the great devotions; who spends himself in a worthy cause; who at the best knows in the end the triumph of high achievement, and who at the worst, if he fails, at least fails while daring greatly, so that his place shall never be with those cold and timid souls who neither know victory nor defeat.

Dan jika kita ingin mengelak daripada menerima kritikan, ada satu cadangan yang telah diberikan oleh Aristotle :

To avoid criticism say nothing, do nothing, be nothing.

Trima kaseeeh Dato Lee Chong wei di atas segala pengorbanan. 

Ya Allah izinkan kami untuk mencintai baginda Rasulullah SAW dan beramal dengan akhlak dan sunnah baginda Rasulullah SAW. 

اللَّهُمَّ صلى وسلم على محمد وعلى ال محمد 

Inilah cara ambo melihatnya dan pandangan kita mungkin berbeza. 😀

* Artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 21 Ogos 2016

Comments

Popular Posts