Hari ketiga kawalan pergerakan
Contagion.
Don't touch anyone
Don't talk to anyone
#StayAtHomeDontTubek
Sebuah filem yang dihasilkan pada tahun 2011 tiba-tiba menjadi sebutan ramai. Di iTunes atau Google play store ramai telah membeli atau menyewanya.
Ambo bertuah, filem ini telahpun ada di dalam aplikasi Astro on the go.
Setelah menontonnya, memang diakui sedikit sebanyak ada persamaan dengan pandemik covid 19 yang sedang kita alami ketika ini.
Filem ini dimulakan dengan gelap. Ya. Gelap. Kemudian batuk.
Batuk. Di antara tanda sakit yang biasa berlaku.
Yang batuk di dalam filem ini adalah Gwyneth Palthrow yang membawa watak Beth Emhoff (Patient Zero)
Ketika itu Beth di lapangan terbang sedang menunggu penerbangannya. Ini pada hari kedua virus ini menyerang beliau.
Yang menarik, visual memaparkan dengan jelas apa yang ada di meja Beth. Segelas air. Semangkuk Kacang. Dan kad kredit di tangan beliau.
Kemudian berubah kepada skrin sentuh. Tombol pintu. Tangga dan lain-lain.
Pada minit ke 18 barulah kita faham apa maksudnya visual ini, apabila Dr Erin Mears yang dilakonkan oleh Kate Winslet menyebut perkataan " Fomites"
Fomite adalah objek yang mampu memindahkan organisma pembawa penyakit.
Dr Erin bersama Dr Ellis Cheever lakonan Laurence Fishburne pada mulanya mengesyaki bahawa ini adalah senjata biologi. Mereka cuba merungkai punca penyakit ini dan Dr Erin menjejaki puncanya.
Ini berlaku setelah Beth yang pulang ke rumah menemui suaminya, Mitch Emhoff, tiba-tiba diserang sawan dan mati. Kemudian anaknya, Clark juga mati dengan cara yang hampir sama.
Mitch diasingkan dan selamat.
Kesungguhan Dr Erin menjejaki punca penyakit ini membawa padah kepada beliau.
Sementara itu, di WHO, Dr Leonora Orantes lakonan Marion Cotillard, seorang epidemiologist juga menjejaki punca penyakit ini.
Wartawan Alan Krumwiede lakonan Jude Law pula mengatakan bahawa wabak ini sebenarnya satu permainan atasan. Beliau punyai teori konspirasi beliau sendiri yang disebarkan melalui laman web beliau.
Menarik juga apabila Dr Ellis diwawancara di television tentang wabak ini, terutama bagaimana untuk mengelakkannya, beliau mengatakan
" Social Distancing. No handshake. Stay at home. Wash your hands frequently."
Dan ini adalah filem 2011!
Wabak ini kemudiannya membunuh jutaan manusia. Dipaparkan visual lapangan terbang yang kosong. Tempat ibadah yang kosong. Tempat perniagaan yang terbiar.
Juga ragam manusia yang mementingkan diri sendiri sehingga mencetuskan huru hara.
Di akhir filem bagaimanapun, Dr Ally Hextall lakonan Jennifer Ehle berjaya menemui vaksin atau penawar wabak ini.
Dan puncanya juga ditemui apabila diceritakan kembali apa yang berlaku pada hari pertama Beth.
Cuba teka dari tempat mana wabak di dalam filem ini berasal?
Ya. Betul. Bermula di Hong Kong.
Banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang.
Namun, kita sekarang ini, masih belum menjumpai siapa patient zero untuk covid 19 ini dan belum ada juga vaksinnya.
Yang pasti filem ini memaparkan dengan jelas komitmen semua kakitangan perubatan untuk menangani wabak ini.
Kita harus memberi penghormatan yang sebesarnya kepada semua kakitangan perubatan di negara kita. Mereka mengadaikan nyawa dan meninggalkan keluarga demi untuk melihat negara kita kembali pulih.
Doa kita, moga Allah merahmati mereka. Melapangkan dada mereka. Meluaskan pemikiran mereka. Memberi mereka kebijaksanaan untuk mengatasi masalah ini dengan baik. Dan menganugerahkan mereka kesabaran.
Hari ini juga kita mendapat khabar bahawa ada satu lagi kematian berlaku.
Kematian ketiga. Semoga Allah rahmati beliau.
Semoga Allah mengurniakan juga kesembuhan dan kesabaran kepada semua pesakit covid 19
* artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 20 Mac 2020
Comments
Post a Comment