Hari ke 22 PKP

LHari ni kita masuk hari ke 22 PKP. Sementara itu, nun jauh di Wuhan sana, setelah terkurung selama 76 hari, hari ini perintah lockdown itu akan diangkat.
76 hari mereka melalui episod berkurung. 

Dan kita di Malaysia 🇲🇾 ini pula, akan mengetahui bagaimana nasib kita tentang pkp ini seawal hari Jumaat.

Ramai menyakini bahawa perintah ini akan disambung. Wallahua'lam. 

Kebosanan mulai melanda rakyat. 
Tabung sudah pecah. 
Duit mengering seperti air di musim kemarau. 
Ramai sudah semakin risau apabila memahami pahitnya realiti yang akan kita tempuhi pada hari-hari mendatang. 

Mengemas rumah sudah. Memasak sudah. Bergaduh sudah. Bertik tok pun sudah. 

Justeru bagaimana harus kita tempuh hari-hari yang mencabar ini.

Kita harus berdamai dengan takdir. 
Menerima ketentuan. 
Dan melihat semua perkara ini melalui kaca mata seorang hamba.

Melalui kacamata kehambaan ini, kita akan melihat betapa tuhan itu tidak akan pernah sesekali menzalimi hambaNya.

Bahkan tuhan amat menyayangi sekalian hambanya.

Kita harus terus cuba melihat sehingga zahir pada kita kasih sayangNya.

Barulah nanti, kita akan mampu memandang taqdir ini dengan betul dan memahaminya dengan baik.

Sehingga hadir ketenangan di hati kita. Sehingga lapang benak fikir kita. Sehingga luas dada kita yang semakin sempit ini. Sehingga kita mampu memandang segalanya dengan sebuah pandangan cinta. 

Cinta seorang hamba kepada tuhanNya. AnugerahNya kepada kita. 

Kata Patricia Evans

" Jika engkau tidak menyukai seseorang, cara dia mengangkat sendoknya pun akan membuatkanmu tersinggung. 

Akan tetapi jika kamu menyukainya, dan dia melemparkan kepadamu piring yang terpecah-pecah bila mencium lantai, tetap kamu akan tersenyum gembira."

Dan Sergio El Professor dalam drama Le Casa De Papel pernah berkata

" Bila seseorang itu sedang di alam percintaan, mereka akan melihat semua perkara melaui kaca mata yang seakan-akan di lapisi bunga mawar. 🌸 Semuanya akan indah. Mereka akan bertukar menjadi seperti Teddy bear 🐻 yang tersenyum di sepanjang masa." 

Adalah sebuah pendustaan jika seseorang itu hanya menyukai bunga mawar dan membenci durinya. 

Semoga Allah membantu kita melalui fasa mencabar ini. 

Ya Rabb.

* artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 8 April 2020

Comments

Popular Posts