Godaan Vanilla griffithii di malam 10 akhir Ramadan

Keluar je rumah, tercium bau sesuatu. Bau yang harum. Bau yang mengalahkan bauan kambing yang masih lekat di tangan ini.
Bauan itu semakin kuat. Dan ambo semacam mengecam bauan ini,kerna sudah pernah mencium bau ini sebelum ini.

Apakah ini bauan bidadari? 
Aaa tak mungkin. Itu cuma di sorga.

Apakah ini bauan puteri kayangan? 
Aaah itu lagi tak mungkin. Masakan puteri kayangan mendarat di Sungai Tong.

Aaa Inilah masalahnya terlebih tengok cerita Korea ni. Adoi. 

Kebetulan abang ambo ada di situ.

" Bau gapo ni?" Tanya ambo. 

" Tu, bau bunga tu. Bau vanila. Cuba pergi tengok dekat. Ada seakan buah dia tu kat situ. Dalam bahasa saintifiknya bunga ini bernama Vanilla griffithii."

Oooo patutla rasa macam cam bau ni. Rupanya bau Vanilla.

Ya Rabb.

Dahla bunganya cantik. Baunya pulak harum.

Allahu akbar ya karim. 

Kecantikan bunga ini dan keharumannya mengingatkan ambo kepada pesanan orang lama. 

Air yang jernih itu, sudah tentu berpunca dari mata air yang juga jernih. 

Air yang kotor pula, boleh jadi dikotorkan oleh sesuatu sebaik keluar dari puncanya. 

Atau, puncanya itu sedari awal sudah pun kotor. 

Sebagaimana pesanan guru tua. 

Jika lidah kita itu disibukan dengan menyebut nama tuhan dan kekasihnya, apakah akan ada lagi ruang  bagi menuturkan perkataan yang kasar lagi keras? 

Jika di tangan kamu ada bunga, walaupun wajah kamu bengis, orang yang melihat kamu pasti akan tersenyum kerana melihat keindahan bunga itu. Malah mereka juga turut akan gembira bila dapat menghidu baunya yang harum. 

Tapi jika di tangan kamu ada pisau,orang yang melihat kamu akan takut. Bahkan mereka juga mungkin akan cedera dek ketajaman pisau itu. 

Begitulah juga agama. 

Islam itu rahmat. 

Bukan sekadar kepada ummat islam tapi kepada keseluruhan manusia. 

Di saat dunia terisi dengan watak2 yang penuh kebencian, para nabi datang membawa risalah cinta.

Akhlak mereka menjadi tarikan. Perkataan mereka memberi ketenangan. Nasihat mereka memberi kesan. 

Di bulan Ramadan ini, ramai di antara kita berlari menuju Allah dengan pelbagai ibadah.

Jika kita tidak mampu berlari, semoga tuhan mengizinkan kita berjalan ke arahnya. Yang penting adalah kita bergerak sekali. Tidak hanya statik dan senyap sunyi tanpa apa-apa. 

Moga Allah memberi kita kesihatan dan kekuatan untuk mengimarahkan 10 akhir Ramadan tahun ini. 

Ramadan yang cukup istimewa. 

Ramadan Corona. 

Ambo ini pun, dengan izin Allah, hanya mampu berjalan dan sesekali berteriak lantang di ruang hati, 

Ya Rabb, 

Khuz biyadi, Khuz biyadi. 

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

* Artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 12 May 2020

Comments

Popular Posts