George Floyd - I can't breathe Bara api yang mencetuskan unggun api besar di tanah Uncle Sam

Sehari dua ni ambo agak kurang menjenguk media sosial. Bila hari ni ambo meluangkan sedikit masa menjenguk dunia maya, rupanya penuh dengan cerita protes di Amerika. 

Protes yang katanya bermula setelah seorang lelaki kulit hitam mati akibat tindakan beberapa orang polis kulit putih di Minneapolis.
Ya. Minneapolis adalah bandar di Negeri Minnesota di Amerika.

Metropolis tu kota dalam cerita Superman 
Metrofulus tu kota dalam cerita Cicakman

😁😁🤣😊😂
Polis itu menggunakan teknik meletakkan lutut di leher mangsa. Satu teknik yang selalu digunakan oleh polis Israel ke atas penduduk Palestin. 

Teknik ini sebenarnya sudah kurang digunakan oleh banyak pihak berkuasa kerna ia boleh menyebabkan kematian. 
Lelaki malang itu bernama George Floyd. 

Lantas memasyhurkan kembali slogan " I can't Breathe " 

Dalam beberapa hari sahaja, kejadian ini mencetuskan huru-hara di seluruh Amerika. 


Di Minneapolis, tempat kejadian ini berlaku, Tim Walz, Gabenornya telah mengisytiharkan darurat. 

Bila ambo menyelam sedikit dalam membaca isu ini, rupanya kejadian ini hanyalah satu pencetus sahaja. 

Ini adalah luka lama. 

Luka yang terpendam di dalam hati sebahagian besar penduduk Amerika yang merasakan mereka masih dilayan tidak adil. 

Apatah lagi dengan gaya pentadbiran Trump yang terang membawa idealisme ketuanan kulit putih. 
Sejak awal tahun 2020 rupanya sudah ada beberapa kes kematian penduduk kulit hitam yang tidak diselesaikan dengan baik. 

Ahmaud Arbery
Beliau disyaki mencuri dan ditembak mati oleh dua orang kulit putih. 

Breona Taylor
Polis dikatakan tersilap masuk rumah beliau untuk menangkap pesalah yang sudah pun ditangkap. Teman lelaki beliau yang beranggapan ada orang cuba memecah masuk ke rumah beliau melepaskan satu tembakan. Polis yang sedang membuat operasi terkejut dan membalas dengan puluhan tembakan. 8 tembakan mengenai Breona. Beliau mati. 

George Floyd. 
Beliau dikatakan membeli rokok dengan duit palsu di sebuah kedai. Ditangkap polis dan dikatakan memberontak melawan polis. Video yang diambil oleh orang awam kemudian mengesahkan beliau tidak melawan dan setelah lehernya ditekan oleh lutut polis, beliau berulang kali berkata

".... I can't breathe " 
Kemudiannya beliau senyap dan disahkan mati. Polis itu tidak melepaskan lututnya walaupun setelah ditegur oleh  beberapa orang. 

Beberapa orang polis yang terlibat di dalam kes ini kemudian dipecat dan dikenakan tindakan undang-undang. 

Namun ianya masih belum memuaskan hati ramai pihak. 

Semakin lama semakin ramai turun ke jalanan untuk membantah walaupun ketika ini masih ada isu keselamatan berkaitan Covid-19. 
Pihak polis menjadi sasaran kemarahan. 

Protes yang pada awalnya aman, menjadi tidak terkawal dan memusnahkan banyak perkara. 

Datuk Bandar Atlanta, Mayor Keisha Lance Bottoms, di dalam ucapannya menegaskan bahawa tindakan sepatutnya akan diambil kepada pesalah dan menyeru kepada semua rakyat supaya bertenang. 
( ada Videonya di bawah) 

Membantah dengan cara memusnahkan harta benda dan keganasan tidak akan pernah membantu untuk menyelesaikan masalah ini. 
Ini juga di tegaskan dengan jelas oleh Bernice King. Anak kepada Martin Luther King Jr. Beliau sedih kerna kata-kata bapa beliau digunakan dengan salah untuk menyemarakkan lagi kebencian ini.

Di antara kata-katanya itu adalah

 " A riot is the language of the unheard."

Dr. Martin Luther King Jr.  Menyebut ayat ini di dalam ucapan beliau bertajuk "The Other America."
Bagi Bernice, Protes terbaik yang dianjurkan oleh ayah beliau adalah protes secara aman dengan sistematik. Bukan dengan cara keganasan dan membabi buta. 
( ada videonya nun di bawah sana) 

Kenapa " I can't Breathe " masyhur kembali? 

Kerna slogan ini telah dipakai pada tahun 2014 setelah seorang lelaki kulit hitam yang bernama Eric Garner disyaki melakukan jenayah telah di chokehold sehingga mati oleh beberapa orang polis. 
Perkataan beliau ketika itu juga adalah I can't breathe. 

Ia terus menjadi slogan protes. 

Peristiwa George Floyd membuka kembali memori ini. 

Dan cara polis itu meletakkan lututnya juga sama seakan protes yang dibuat oleh pemain ragbi Amerika. 

Pada 2016, kerna bengang terhadap cara kerajaan Amerika melayan orang kulit Hitam, Colin Kaepernick, seorang pemain ragbi, melutut dan tidak berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan. 
Ini menyebabkan tercetus polemik baru dan beliau menanggung kesannya. Dimaki Trump di twitter dan sudah tidak dapat bermain lagi. Beliau juga teruk dimaki rakyat Amerika yang bengang dengan tindakan beliau yang tidak menghormati lagu kebangsaan. 

Namun penaja beliau iaitu Nike terus setia bersama beliau. Bukan setakat itu, Nike mengeluarkan satu iklan bertajuk Dream Crazy. 

Iklan ini memberi semangat kepada semua untuk berani mempunyai impian walaupun terpaksa mengorbankan segalanya. 

Nike kemudiannya mendapat kesan langsung. Ramai warga Amerika yang marah kepada Nike yang masih menyokong Colin, bertindak membakar segala barangan berlogo Nike. 

Namun akhirnya Nike mampu ketawa besar. Kegilaan Nike yang punyai impian dan punyai keberanian akhirnya membuahkan hasil. 

Walaupun pada awalnya mereka rugi, namun peristiwa ini meningkatkan hasil jualan nike di seluruh dunia. 

Bahkan pengasas Nike, Phil Knight menyebut dengan jelas. 

“It doesn’t matter how many people hate your brand as long as enough people love it” 

Iklan dream crazy itu juga mendapat anugerah Creative Art Emmys ! 

Tindakan Colin ini walaubagaimanapun bukanlah yang pertama di dalam arena sukan. 

Pada tahun 1968, di Olimpik, Tommy Smith dan rakannya John Carlos menggenggam tangan dan mengangkatnya ke atas di upacara penerimaan pingat. Ia simbolik penyatuan mereka untuk menentang ketidakadilan terhadap hak minoriti kulit hitam di Amerika. 
Memang ketika itu, banyak isu yang berlaku. 

Mereka juga menanggung akibat yang besar dengan tindakan berani ini. 

Walaupun peristiwa ini jauh berlaku di tanah Uncle Sam, namun kita seharusnya mengambil iktibar. 

Jangan sesekali menghidupkan api perkauman dan kebencian di antara kita. 

Kita harus selalu menyeru kepada kesatuan dan saling menghormati. 

Amarah itu terlalu senang untuk diperbesarkan sedang ketenangan dan keamanan pula mengambil masa yang lama untuk diperoleh. 

Kita juga perlu faham dan sedar bahawa kebenaran itu tidak pernah berpihak. 

Kerna

Bila datangnya kebenaran maka nyata dan lenyaplah kebatilan.

Comments

Popular Posts