Doa ta' maqbul. ( Hari ke 26 Ramadan tahun ini,menjelang malam ke 27.)

Di tengah pekat malam, kita bangun.
Bersihkan diri, betulkan sejadah kita, pakai pakaian yang baik dan bau yang harum serta menyebut namaNya dengan penuh kasih.

Kemudian kita hadapkan segalanya kepada Tuhan dan mencurahkan segala isi hati kita.

Air mata mengalir laju.

Hanya kita dan Dia.

Segalanya kita bagitau.
Tiada rahsia terpendam. 

Kemudian datang persoalan itu. Apakah semua doa kita akan dimakbulkan olehnya ? 

Kita tersentak.

Tiada jawapan untuk itu.

Kosong.

kerna kita turut sedih, apabila permintaan kita tidak dimakbulkan .Apabila soalan kita tiada jawapan.

Akan tetapi sebagai seorang hamba, kita memilih untuk tetap yakin padaNya. 

Sabar.
Mungkin itulah kehendak Tuhan kepada kita. 

Yakin.
Mungkin itu ujian Tuhan kepada kita. 

Redho.
Mungkin itu sifat yang sedang dididik kepada kita. 

Alhamdulillah. Makbul atau tidak. Kita tetap memilih untuk menyakiniNya. 

Tapi apakah betul doa itu hanya tentang makbul?

Tentang hajat yang diterima atau tentang permintaan yang ditunaikan?

Bagaimana pula tentang doa kita, yang pada anggapan kita tidak dimakbulkan?

Allah itu tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Dia juga maha mendengar.

Apa yang kita suarakan melalui kata-kata atau gema yang geger di ruang hati, semuanya di ketahui olehNya. 

Kita mungkin berduka kerna memikirkan tentang doa kita yang masih belum dimakbulkan. Namun kita lupa. 

Doa itulah yang membina hubungan kita denganNya. 

Di saat menyebut namaNya di dalam doa, kita merasa tenang.

Di saat kita ingin meluahkan sesuatu, perkataan yang keluar seakan tersusun rapi. Begitu indah sekali. 

Intim.
Doa itu menjadikan kita lebih intim dengan Tuhan. Kita merasainya. 

Walaupun doa itu pada anggapan kita masih belum tertunai, namun kita diberi kesabaran untuk terus berdoa. Tanpa henti kita ulanginya. 

Semakin kita berdoa, keyakinan kita padaNya semakin tinggi. Kesabaran kita menantikan hajat tertunai semakin tebal. 

Akhirnya kita malu pada Allah. Kita meminta kepadaNya pelbagai perkara, namun amanah yang diberi kepada kita, sering kita cuai untuk melaksanakannya. 

Doa itulah yang menjadi penawar.
Penenang hati.
Penguat semangat untuk kita terus menjadi seorang hamba yang lebih baik. 

Kerna jauh di sudut hati kita tahu, Allah Tuhan yang maha bijaksana. Kita pohon apa yang kita mahu tapi Dia bagi, apa yang kita perlu. 

Bila kita yakin kepada seorang manusia, kita turut meyakini keputusan yang dibuat olehnya. 

Inikan pula Allah, Tuhan yang maha Agung. Kita wajib menyakini ketentuan takdirnya. 

Doa itulah yang menjadi simen kepada kita menyakini segala ketentuan yang dipilih olehNya kepada kita. Sehingga kita redho berjalan melalui takdirnya dengan hati yang tenang & tenteram. 

Bila ditanya kepada kita kenapa kamu masih tidak ada itu dan ini sedangkan orang lain semuanya telah lama mempunyainya. 

Alhamdulillah. Kita mampu tersenyum dan tenang menghadapinya. Kita tidak akan menjawab dengan jawapan yang bukan2 kerana kita faham. 

Kamus pemikiran yang rosak, 
mencemarkan bahasa penuturnya.
Bahasa yang tercemar,
merosakkan perbendaharaan kata pemikirnya.

Lagipun, jika mereka tahu apa yang Allah kurniakan kepada kita nescaya mereka akan malu bertanya begitu.

Kerana pada setiap kelebihan seorang hamba pasti adanya kekurangan.

Dan pada setiap kekurangan pastinya ada kelebihan. 

Allahu akbar ya karim. Allah tidak pernah sesekali menzalimi hambanya. 

Fahamlah kita akhirnya, bahawa doa itu bukanlah setakat makbul atau tidak. Akan tetapi doa itu jauh lebih penting daripada itu. 

Ia adalah jambatan kita menuju tuhan. 

Kerna itu kita kena perbanyakkan doa. 

Hari ni 26 Ramadan. 

Bila kita tengok balik, ya Allah, teruk bebenor Ramadan kita kali nih. Belum sempat kita buat ibadah sebaik mungkin Ramadan dah nak pergi.

Macam2 lagu raya dah keluar ni. Hehe. 

Allah. 

Alhamdulillah. Sebab itulah kita pada akhir Ramadan digalakkan membaca doa ini

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah engkaulah tuhan yang maha pemaaf, ampunkan lah dosaku ni. 

Malam ni di antara malam akhir Ramadan. Malam 27.

Malam ganjil.

Insya allah moga Allah beri kita kekuatan dan kesempatan untuk menggimarahkannya & menghiasi malam ini dengan doa tulus dari benak hati kita sebagai seorang hamba yang tidak punyai apa2. 

Izinkan lah kami ya Allah. 

Semoga Allah menerima amal kita dan memberi kita kekuatan untuk menambahbaik dan membaikinya. 

Doakan ambo sekali deh 😀. Trima kaseeeh.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

* Artikel ini di muat naik ke Facebook ambo pada 19 May 2020

Comments

Popular Posts