Bila ada masalah kenapa kena sedekah?

Beberapa hari lepas, ada teman ambo berkongsi cerita tentang masalah beliau. Kemudian beliau bertanya penyelesaiannya kepada ambo. 

Ambo kata, bagi alamat emel demo dulu. 

Dia tanya balik kepada ambo. Bakpo, nak buat begapo? 

Nak hantar bil konsultasi dan khidmat nasihat. Haha 😂. 

Bilo mung jadi kupik ning? Jawab beliau. 

Haha 🤣 🤣 🤣 

Kami ketawa sekejap. 

Kemudian ambo menjawab, setiap jawapan bagi persoalan yang kita ada, jawapannya InsyaAllah telah pun ada pada diri kita sendiri. 

Orang lain hanya mampu melontar pandangan, memberi sedikit ilham atau cuma berkongsi sedikit sebanyak pengalaman hidup yang pernah ditempuh. 

Apa yang pasti, bersedekah serta menolong orang lain yang dalam kesusahan adalah nasihat para guru dan petua lama drpd orang tua yang telah diwasiatkan kepada kita untuk dilaksanakan jika kita berhadapan masalah. 

Kenapa kena sedekah dan bantu orang yang dalam kesusahan? Tanya kawan ambo lagi. 

Amboi. Amboi. Amboi. Banyak pulak tanya dia ni. Ish Ish. 

Oklah.

Selalunya kita diberitahu bahawa bila kita dalam masalah, kita kena sedekah dan tolong orang lain yang memerlukan kerana itu sebahagian daripada aturan dunia. 

Berbuat baik insya Allah akan dibalas baik. 

Hatta dalam pengajian agama pun, kita dihidangkan dengan pelbagai cerita bagaimana bersedekah itu bisa menghalang bala dan mengundang rahmat.

Sehingga ada beberapa hadis yang dikaitkan dengan perkara ini. Bab hadis ini, kena rujuk ahlinya lah. Ambo cerita secara umum sahaja. 

Namun ambo tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Dale Carnegie tentang perkara ini di dalam bukunya How to stop worrying and start living. 

Kata beliau, kita kena buat perkara baik ini kerana bila kita menolong serta berbuat baik kepada orang lain, ia akan membantu kita daripada memikirkan tentang diri kita yang menjadi sebab dan punca masalah. 

Beliau juga quote satu lagi petikan menarik drpd seorang tokoh yang mengatakan bahawa individu yang tidak punyai kecenderungan untuk membantu dan menolong orang lain inilah yang selalunya berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan.

Bahkan mereka inilah juga yang menyebabkan orang lain bermasalah. 

Rupanya masalah utama yang selalu kita hadapi adalah bila kita terlalu obses terhadap diri kita sendiri dan lupa bahawa kita hidup di atas dunia tidak berseorangan. 

Kita hanya memikirkan soal untung rugi diri kita semata-mata. 

Kerna itu, bila kita belajar tasawuf, para guru selalu memberi pesan tentang sifat ke Aku an ini. Ia sifat yang perlu dihindari. Ia adalah lawan kepada sifat kehambaan. 

Akhirnya kita sedar dengan izin Allah bahawa sifat buruk keakuan ini, perlu kita pelajari kerana ia boleh menjadi punca meletusnya pelbagai masalah yang lain. 

Ooo macam tu ek.Nanti ambo gi Ngeteh ngan demo... Balas kawan ambo. 

Kalau datang tanpa pizza ambo dok layan. Mu kecek soghe lah..  Jawab ambo.. 

Amarika mung nih! Balas beliau mengakhiri perbualan ringkas kami.

Comments

Popular Posts