Saya punyai impian ! ( I have a dream - Dr Martin Luther)
Saya punyai impian,
satu hari nanti, negara ini akan berdiri teguh dengan prinsip dan niat ia ditubuhkan. Iaitu ia akan memberi ruang serta melayan semua rakyat dengan penuh hormat.
Saya punyai impian,
Satu hari nanti, di atas bukit bukau merah di Georgia, anak seorang hamba dan anak bangsawan boleh duduk semeja dengan penuh semangat persaudaraan.
Saya punyai impian,
Satu hari nanti, di negeri Mississippi yang sekarang dihujani penindasan dan kezaliman akan bertukar menjadi sebuah lembah subur kebebasan dan keadilan.
Ini adalah petikan ucapan yang digelar antara ucapan terbaik dalam sejarah Amerika.
Ia dikenali sebagai ucapan yang mengubah Amerika. Ucapan yang memberi Amerika sebuah inspirasi.
Ia diucapkan oleh Dr Martin Luther King Junior, pejuang hak asasi di sana ketika Perarakan kebebasan dan peluang pekerjaan di Washington pada Ogos 1963
Pada 4 April 1968 Martin Luther king Jr mati dibunuh dalam keadaan beliau bersedia untuk melancarkan kempen untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan di Amerika.
Apa yang ingin ambo kongsi adalah berkenaan ucapan I have a dream itu, 4 patah perkataan yang membuatkan ucapan ini menjadi suatu lagenda.
Paderi Martin Luther King jr ini sememangnya terkenal sebagai salah seorang orator terbaik di zaman beliau. Namun beliau juga mempunyai speechwriter beliau sendiri iaitu Clarence Jones.
Beberapa minggu sebelum perarakan berlangsung, Martin memanggil semua penasihat beliau dan juga Clarence Jones untuk membantu beliau merangka sebuah ucapan yang bagus.
Namun, walaupun pelbagai input diberi, ucapan ni tidak pernah siap. Tertangguh. Sehingga dekat dengan tarikh perarakan pun masih belum siap sepenuhnya. Masih tidak lengkap.
Ini kerana Martin ingin menulis ucapan yang baik dan ingin memasukkan sebanyak mungkin input terbaik dari segenap segi.
Mengikut Coretta, isteri Martin,dengan aktiviti beliau yang sibuk, beliau hanya sempat melihat dan menulis/menambahbaik kembali ucapan itu pada jam 10 malam pada malam sebelum perarakan dan beliau langsung tidak tidur pada malam itu semata-mata untuk menyiapkan ucapan.
Bila tiba hari perarakan, ucapan ini masih dibaiki dan ditambah baik di sana sini.
Sehingga sewaktu majlis berlangsung pun , ramai melihat Martin yang menjadi speaker terakhir untuk berucap, masih membaiki dan mengulang baca ucapan ini sambil menunggu masa beliau dipanggil untuk berucap.
Ketika beliau dipanggil berucap, beliau menggunakan skrip itu. Apabila memasuki minit ke sebelas, seorang penyanyi bernama Mahalia Jackson iaitu penyanyi gospel kegemaran Martin yang berada di belakang beliau menjerit ;
Martin! Bagitau mereka tentang impian itu!
Martin yang sedang berucap melihat skrip tiba2 berubah. Beliau mengangkat muka melihat terus kearah lautan hadirin dan berucap tanpa melihat skrip di hadapan beliau lagi.
Beliau melakukan improvisasi.
Beliau menyambung ucapan beliau dengan menyebut 4 patah perkataan itu
I have a dream!
Saya punyai impian!
Dan selebihnya adalah sejarah. Sebuah ucapan lagenda yang lahir secara spontan yang panjangnya melebihi ucapan yang telah beliau tulis pada awalnya.
Adam Grant dalam bukunya Original menegaskan bahawa ini adalah contoh bagaimana sebuah penangguhan itu membuatkan apa yang dilakukan menjadi lebih baik.
Dalam buku ini Adam Grant berhujah mengatakan bahawa, bila sesuatu yang kita buat itu tertangguh ia tidak semestinya menjadi teruk kerna 2 faktor.
Pertamanya kerana ia mungkin mendapat manfaat daripada Zeigarnik Effect.
Ini berlaku apabila seseorang itu masih belum berupaya untuk menyiapkan sesuatu kerja dan kerja itu akan sentiasa berada di dalam ingatan dan perhatian seseorang. Bila kerja itu telah siap maka kita akan melupakannya.
Bila ia tertangguh, maka ia akan sentiasa ada dan minda kita akan sentiasa aktif berfikir tentangnya.
Yang kedua ialah bertangguh ini membuka ruang kpd kita untuk melakukan improvisasi.
Improvisasi adalah satu tindakan spontan yang dibuat berdasarkan suasana dan apa yang berlaku ketika itu.
Bila kita merancang sesuatu dan kita mengikut perancangan itu, ia biasanya akan menutup pintu kreativiti yang selalunya hadir secara spontan.
Perlu difahami bahawa bukan bertangguh yang menyebabkan kreativiti itu lahir kerna kreativiti itu sebenarnya lahir berdasarkan pengalaman hidup dan ilmu seseorang.
Cuma bertangguh itu memberi sedikit ruang kepada proses kreativiti mencuba pelbagai variasi penyelesaian kepada sesebuah masalah atau kerja berbanding hanya menggunakan satu jalan penyelesaian sahaja demi menyiapkan kerja tersebut.
Kerna itu Adam Grant mengatakan bahawa kebanyakan mahakarya itu lahir melalui proses bertangguh.
Namun ia adalah sebuah penangguhan yang berstrategi dengan menguji dan menambahbaik kerja itu dengan pelbagai kemungkinan yang ada supaya hasil akhirnya nanti menjadi sebuah karya yang unggul.
Kata pepatah yang kita biasa dengar itu tidak salah. Siapa yang bertangguh akan rugi.
Persoalannya adalah bertangguh yang bagaimana.
Orang tua juga pernah menyebut bahawa burung yang keluar pada awal pagi akan mudah mendapat cacing.
Namun jangan kita lupa, cacing yang keluar pada awal pagilah yang paling mudah ditangkap.
Era Dr Martin ini seronok untuk kita baca kerana bukan hanya beliau yang saja popular. Bahkan ada lagi tokoh seperti Malcom X yang anti beliau.
Juga ada Richard Nixon
dan John F Kennedy.
Dengan pengaruh dan sokongan drpd Dr Martin , John F Kennedy dapat menewaskan president Richard Nixon dalam pilihanraya president ketika itu.
Pemimpin politik tidak suci dari dosa dan salah laku. Tapi Jarang2 sekali kita jumpa pemimpin politik yang begitu komited dengan prinsip untuk memperjuangkan rakyat.
Jika ada, sejarahnya akan kita baca dan teladannya akan kita contohi.
Dalam melaksanakan sesuatu kerja, biasalah kalau ia tertangguh. Jangan stress. Fikir positif dan yang paling penting, improvise!
* Dr Martin mati dibunuh pd 4/4/1968
Comments
Post a Comment