Pilihanraya Presiden indonesia 2019


Jika di tanah Melayu ini, geger dengan pelbagai isu politik berasaskan agama islam, nun di seberang sana pun, halnya serupa.

Joko Widodo atau mesranya Jokowi, mewakili Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (pdip) telah membuat kejutan saat akhir apabila memilih sosok kiai sepuh yang namanya panas ketika kes Ahok tidak lama dulu sebagai gandingan beliau untuk pilihan raya presiden akan datang.

Kiyai Ma'ruf Amin, tokoh ulama besar dalam gerakan Nahdatul Ulama juga merupakan cicit kepada ulama besar Nusantara iaitu sheikh Nawawi Banten.
Di antara murid terkenal Sheikh Nawawi Banten adalah kiyai Hashim Asyaari pengasas Gerakan Nahdatul Ulama. Juga kiyai Ahmad Dahlan pengasas gerakan Muhammadiyah. 

Kedua-dua kisah tokoh besar ini telah difilemkan. 

Dimulai dengan filem Sang Pencerah yang mengisahkan kisah hidup kiyai Ahmad Dahlan pada tahun 2010.

Kemudian diiikuti filem Sang Kiai yang memaparkan kisah hidup Kiai Hasyim Asyaari pada tahun 2013.

Walaupun pelbagai nama lain dikatakan akan dipilih Jokowi, namun kerana beliau sentiasa dikaitkan dengan imej tidak mesra Islam, maka pilihannya ini dilihat tepat sebagai sebuah upaya untuk menarik kembali sokongan kelompok Agamawan dan cenderung agama kepadanya. Dan kita tahu, Indonesia antara negara dengan ramai umat Islam.

Mungkin kata kata kiai Hasyim Asyaari agak mempengaruhi. 

" Agama dan Nasionalisme adalah dua kutub yang tidak berseberangan, Nasionalisme adalah sebagian drpd agama dan keduanya saling menguatkan." 

Sementara pencabar beliau, jeneral Probowo Subianto mewakili Parti Gerindra memilih untuk menjadikan seseorang anak muda jutawan sebagai gandingan beliau. Sandiaga Uno atau Sandi. 

Yang menarik, tokoh penceramah Indonesia iaitu ust Somad juga dikatakan di antara nama yang berada di dalam orbit pilihan Probowo selain Habib Salim alJufri dari PKS selain tokoh kontroversi dari Front Pembela Islam, Habib Rizieq Shihab. 

Ya, ust Somad di ketahui tidak pernah mendokong Jokowi selain parti PKS yang sinonim dikenal sebagai PAS Indonesia juga turut mendokong gandingan Probowo - Sandi. 

Namun, Probowo menjelaskan, apabila mengetahui Jokowi memilih tokoh kiyai, maka beliau harus memilih Sandi supaya Indonesia tidak terus kacau dengan pertembungan kelompok agama.

Ini tindakan terpuji.

Yang menarik gandingan Probowo - Sandi ini di akronimkan sebagai PAS.

Dan di sebalik ribut pertembungan politik, agama menjadi teras kepada menang kalahnya bakal presiden baru Indonesia.

Keadaan yang agak serupa dengan tanah Melayu kita ini. 

Ia membuatkan kita terfikir dan bertanya.

Ya betul, kita semua inginkan islam yang lebih baik, namun dalam keasyikan berbicara tentang Islam, nampak gaya banyak drpd kita sudah pun tercicir keislamannya.

Nah, isunya bagaimana dalam mengangkat maruah Islam, kita julang juga nilai keislaman itu.

Kata gus mus

Malaikat tak pernah salah. Setan tak pernah benar. Manusia bisa benar, bisa salah. Maka kita dianjurkan saling mengingatkan, bukan saling menyalahkan."

Merendahkan orang lain tidak membuat kita menjadi lebih tinggi. Malah sebaliknya." - 

* ambo menulis ini, berasaskan hanya bbrp tulisan/berita yang sempat ambo baca. Kemungkinan ada fakta salah. Jika ada yang ingin memberi input tambahan silakan atau ingin perbetulkan fakta, silakan aje. Trima kaseh.

Comments

Popular Posts