kres Lending on chu

Di saat kita semua ghalit mengadap,berbicara,berbincang berkenaan isu politik yang sedang hangat ketika ini,seorang teman ambo tiba-tiba menghantar mesej.

'' Mi, demo ada tengok ko drama Korea hok tajuk dio Crash Landing on You tu? Kalau ada tengok, acu demo buat ulasan sikit deh.''

Wah ..Pelik dan sangat langka soalan dia. Dan sungguh selamba dia order ulasan drama.Dia ingat mudah ke nak tulis.

Namun,setelah difikir,ada baik juga untuk cuba menulis tentang drama ini setelah letih membaca puluhan artikel mengenai politik.Mungkin ia peluang untuk merehatkan minda dan keluar sekejap dari orbit politik.

Kebetulan ambo memang mengikuti siri drama ini sejak dari awal.

Ambo juga bukanlah seorang yang suka '' binge watching '' drama. Yakni menontonnya secara berterusan dari episod awal hingga akhir dengan sekali tonton.

Perkara utama yang membuatkan ambo menonton drama ini adalah setelah melihat sedutan awal drama.

1) Konflik di antara dua Korea

Seorang perempuan Korea Selatan yang digambarkan sedang melakukan luncur di udara atau paragliding, mengalami masalah ketika di udara dan terhempas di tanah larangan Korea Utara.

Yang lebih menarik, dia terhempas di atas seorang askar Korea Utara yang sedang melakukan rondaan di kawasan larangan itu.


Menarik, bagaimana konflik di antara dua Korea ini, di angkat menjadi latar kisah drama. Ini mungkin ada sedikit persamaan dengan sebuah lagi drama yang pernah ambo tonton berjudul King Two Hearts Pada tahun 2012.

2) Jalan cerita yang agak menarik. 

Cerita ini sebetulnya bercerita tentang sebuah takdir dengan indah. Bak kata Rumi

Lovers don’t finally meet somewhere. They’re in each other all along.

Walaupun mereka bertemu secara langsung ketika Se Ri salah mendarat, namun sebenarnya mereka sudah saling bertemu sebelumnya. 

Begitulah juga kehidupan. Terkadang kita berjumpa orang yang betul pada waktu yang salah. 

Imbasan kisah lampau yang dibuat di dalam drama ini begitu memberi kesan dan menarik. 

Ini dikuatkan lagi, dengan kisah menarik di antara Seo Dan dan Seung Jun. Walaupun kisah mereka agak meruntun hati, akan tetapi itulah kehidupan. 


3) Dialog (skrip) yang menarik dan bijak

Banyak sebenarnya momen menarik penggunaan dialog yang menarik dan bijak di dalam drama ini. 

Yang paling menarik adalah di akhir drama apabila Se Ri sekali lagi melakukan luncur udara dan salah mendarat. 

" Oh minta maaf, kerna saya terjatuh dan salah mendarat," kata Se Ri

Kapten Ri yang tiba-tiba muncul sambil tersenyum menjawab. 

Tidak. Tidak. Awak telah mendarat di tempat yang betul. Dan tidak. Awak tidak jatuh. Awak turun dari langit. 

( Se Ri selalu mengatakan bahawa beliau tidak jatuh, tapi turun dari langit ke pangkuan kapten Ri) 

Setelah memeluk kapten Ri, Se Ri bertanya

" macamana awak boleh menjumpai saya?" 

Kapten Ri menjawab 

" Saya telah tersalah menaiki keretaapi dan ia membawa saya ke sini. Ke destinasi saya yang sebenar." 

Dan ini sebenarnya menjawab pesanan Se Ri kepada Kapten Ri pada episod ke 5.

" Terkadang kita menaiki keretaapi yang salah namun ia membawa kita ke destinasi yang betul. Begitulah hidup saya. Saya sentiasa merasakan bahawa saya berada di atas keretaapi yang salah. Dan saya selalu berputus asa dan berasa ingin terjun dari kereta api ini. Tengoklah sekarang. Saya di Korea Utara. Masih berada di dalam keretaapi yang salah. Namun kita harus memandang ke depan dan berfikir positif. Saya harap awak tidak menjadi seperti saya. Saya harap awak akan sentiasa turun di destinasi yang betul, tak kisah lah keretaapi mana yang awak naik. 

Kehebatan kata-kata yang baik. 

Ketika mereka terpisah di akhir drama, Se Ri hanya bergantung kepada mesej yang dihantar secara automatik oleh Kapten Ri. 

Mesej- mesej itu memberi pengajaran kepada kita betapa berharganya kata-kata yang baik. 

4) Persaudaraan dan kepimpinan 

Kapten Ri nyata berjaya menonjolkan sebuah karakter pemimpin yang baik. Beliau juga ketua kepada sebuah pasukan. 


Mereka inilah yang menghidupkan suasana drama ini. Persaudaraan mereka dan sikap mereka yang mengutamakan sahabat itu terkadang mencuit nurani kita. 

Mereka jugalah yang membuat penonton ketawa tanpa henti. 

 Geng Makcik Bawang edisi Korea Utara

Se Ri juga sempat bersaudara dengan perempuan di Korea Utara. Mereka juga menawan hati kita dan membuatkan kita menyampah dengan lakonan mereka. 


Inilah juga keindahan support sistem dalam hidup kita. 

Kita tidak akan pernah mampu sendiri. 

Dengan persekitaran yang baik dan teman-teman yang baik, hidup kita akan jauh lebih ceria dan bahgia. 

5 ) Hyun Bin sebagai Kapten Ri Jeong Hyuk
     Soon Ye Jin sebagai Yoon Se Ri

Sejujurnya ambo mulai menonton drama Korea melalui Hyun Bin pada 2010 melalui drama beliau Secret Garden. Lakonan beliau dan Ha Ji Won. 

Beliau sememangnya di antara pelakon yang sangat berbakat.

Drama terakhir lakonan beliau yang ambo tonton adalah Memories of Al Hambra.Gandingan beliau dan jelitawan Park Shin Hye. Sinematografi drama ini terutamanya di Granada, Spain, cukup indah sekali. 
Namun cerita ini mungkin kurang digemari ramai kerna ia berkaitan tentang pertarungan secara medieval di alam realiti maya atau augmented realiti yang berlatar keindahan Granada.

Son Ye Jin pula, ambo kenali melalui satu filem beliau dengan Hyun Bin pada tahun 2018 bertajuk The Negotiation.


Apabila ambo melihat sedutan drama ini pada awalnya, melihat mereka kembali bergandingan di layar perak, gerak hati ambo mengatakan ianya akan menjadi sebuah drama sebutan ramai.

Mereka memang ada keserasian yang unik seumpama keserasian Song Joong Ki dan Song Hye Hyo di dalam drama Descendant of The Sun pada tahun 2016.



Hyun Bin yang memerankan watak Kapten Ri itu sungguh menjadi. 

Beliau yang asalnya mempunyai impian untuk menjadi seorang pemain piano terpaksa bertukar kerjaya kerana satu kejadian yang telah berlaku kepada abangnya. 

Watak beliau sebagai seorang kapten yang kelihatan lurus bendul berjaya mencuit hati dengan lawak lawak beliau yang selamba. 

lakonan bodoh bodoh alang beliau selaku orang Korea Utara sangat melucukan. 

Watak ini juga kelihatan jauh lebih baik daripada watak beliau selaku Kim Joo Woon di dalam drama Secret Garden. 

Watak Yoon Se Ri pula di galas dengan baik oleh Son Ye Jin. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang punyai krisis sendiri namun ada kekuatan. 

Beliau mampu berdikari, tegas pendirian, bijaksana dalam segala hal, degil dan sungguh menyusahkan serta sangat cerewet. 


Kombinasi dua pelakon senior ini begitu memberi kesan kepada keseluruhan drama. 
6 ) Drama ini mengajar kita bahawa hidup tanpa media sosial sebenarnya sungguh indah. 

Kehidupan Se Ri sebagai jutawan di Korea Selatan sangat baik namun beliau kosong jiwanya. Keseorangan. 

Sehinggalah beliau mendarat di Korea Utara. Tanpa Internet. Tanpa gajet. Tanpa banyak kemudahan. Tanpa make up. Tanpa fesyen yang up to date. 

Namun beliau gembira. Bergaduh. Bercakap. Memasak. Bermain dan melakukan banyak perkara bersama orang lain. 

Inilah sebenarnya kehidupan. Kehidupan kita yang telah dirampas oleh media sosial. 

Tempoh kita merenung skrin lebih lama dari tempoh kita bersua muka dengan orang lain yang berada di sekitar kita. 

Teknologi memudahkan kita, akan tetapi ia juga meragut sedikit sebanyak kebahagiaan kita. 

7) Pengalaman Korea Utara yang sebenar. 

Walaupun ini hanyalah sebuah cerita, namun mereka bersungguh-sungguh untuk memaparkan kehidupan sebenar di Korea Utara. 

Untuk itu, mereka berjaya mendapatkan seorang defector, orang Korea Utara yang lari ke Korea Selatan untuk bersama mereka di dalam pasukan drama ini. 

Kwak Moon Wan adalah seorang yang lahir di Korea Utara, belajar filem di Korea Utara,  juga merupakan ahli skuad elit yang melindungi keluarga Kim. Beliau lah di antara orang yang membantu pasukan drama ini untuk memaparkan realiti di Korea Utara setepat mungkin. 

8 ) Latar drama yang indah

Walaupun filem ini cuba mengambarkan keadaan di Korea Utara, namun filem ini tidak dibuat di situ. Sewaktu Yoon Se Ri mendarat di atas Kapten Ri di kawasan DMZ, sebetulnya ia adalah di kawasan Hallasan National Park di Pulau Jeju.

Pengakuan cinta di antara Seo Dan dan Gu Seong Jun pula dibuat di atas pemandangan indah di Jambatan Pelangi di Tasik Tangeum ,Chengdu, Korea Selatan.

Kisah di mana Kapten Ri berjumpa dengan seorang wanita yang ingin membunuh diri dan memintanya untuk mengambil gambar beliau dan Seo Dan sebenarnya dirakam di sebuah jambatan di Korea Selatan.

Hantan River Sky Bridge di Pocheon, Korea Selatan.


Ada juga dipaparkan keindahan Pantai Yeongjondo Seonnyeo Bawi di Incheon sewaktu Kapten Ri keluar dari terowong rahsia.

Ada juga pemandangan indah yang dirakam di Ulanbataar Mongolia, iaitu ketika keretapi mereka rosak dan mereka terpaksa duduk membuat unggun api sambil menikmati ubi. 

Termasuk juga beberapa tempat indah di Switzerland.

Di Tasik Brienz, Isewald
Di Jambatan Panorama Sigrisil
Di First Flieger, Grindelwald
Di Tasik Lungen, Obwalden
Di Kleine Schneidegg
Sedikit sebanyak sebaik menghabiskan drama ini, ambo dapati ceritanya adalah sedikit persamaan dengan sebuah lagi drama Korea bertajuk Encounter. Yang dibintangi Song Hye Hyo dan Park Bo Gum. 

Jika Crash Landing on You memaparkan keindahan Switzerland, Encounter pula memaparkan keindahan Cuba.

Ia juga mengenai seorang perempuan jelita berjaya yang kesepian. 

Fortress of San Carlos de La Cabaña

Tempat yang indah untuk melihat senja berlabuh

Akhirnya kehidupan mengajar kita, besar apapun benci, dalam manapun marah, cinta dan kasih sayang boleh melunturkan semuanya. 

Menyedarkan hakikat bahawa kita semua adalah saudara. 
Dan pada setiap kesukaran akan adanya harapan. Akan muncul kesenangan.

Yakinlah.

Merenung Tomato 

Berjumpa di tempat tumbuhnya Edelweiss 

Amacam? 

Sekarang boleh panggil ambo, oppa? 

Comments

Post a Comment

Popular Posts