Khawatir


Pagi pagi lagi ada teman berkongsi masalah dan rasa khawatir beliau tentang masa depan.

Teringat ambo ada seorang budayawan Indonesia mengatakan bahawa

Menghina tuhan itu bukan sekadar menginjak quran dan hadis. Bahkan jika kita khawatir akan apa rezeki kita esok pun itu juga satu penghinaan buat tuhan.

Barangkali arus deras dunia telah mulai melupakan sebahagian kita kpd asas dan dasar aqidah yang menjadi tunjang kepada agama kita ini.

Logik akal, kemahuan manusiawi, pandangan makhluk lebih kita utamakan drpd naluri hati, ihsan seorang hamba serta pandangan tuhan.

Setiap kita ada ceritanya sendiri. Our own battles. Ada perjalanan unik yang telah di taylor made untuk kita. 

Sekuat mana pun kita coba untuk bercerita kpd orang lain tentang jalan yang kita lalui, mereka tidak akan pernah faham. Kerna jalan itu hanya untuk kita semata-mata. 

Kenal tak Barack Obama atau Mahatma Gandhi? Ambo bertanya pd rakan ambo. 

Kenal jawab beliau. Tokoh pimpinan America dan India 

Alhamdulillah. Kenal pun. 

Mereka berdua ada jalan berbeza untuk naik ke puncak kuasa. 

Barack Obama aktif sejak dari zaman belajar. Banyak memecah rekod sebagai orang kulit hitam pertama dalam pelbagai perkara. Seorang yang dikenali dengan gaya unik percakapannya. 

Sementara Gandhi pula hanya orang biasa2 saja masa zaman belajar. Ketika belajar di England itu pun beliau berpakaian seperti orang putih. 

Sebaik tamat belajar, bila beliau balik ke India, beliau tidak mampu bercakap untuk berdepan mahkamah walaupun untuk kes yang kecil. Ini membuatkan abang beliau Laxmidas Gandhi juga seorang peguam begitu kecewa. 

Kemudian beliau mendapat pelawaan dari syarikat kepunyaan seorang muslim iaitu Dada Abdullah Sheth untuk ke afrika selatan.

Beberapa hari tiba di Afrika Selatan, beliau masuk mahkamah dan bergaduh dengan majistret pasal turban yang dipakai beliau. Majistret mengarahkan beliau menanggalkan turban beliau dan beliau langsung keluar dari mahkamah.

Di sinilah baru beliau bermula menjadi seorang Mahatma Gandhi.

Kedua mereka menjadi tokoh pemimpin dengan cara dan gaya berbeda. 

Ooo betul jugak tu Mi, kata kawan ambo. Mi, macamana pulak eh nak perbanyakkan ingatan kpd baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam? 

Mak aiiiiii soalan. Ko ingat ambo pencetus ummah? 

Ala. Jawab je la wei. Kedekut lah. 

Haha 😂 ooo beginilah. Sebenarnya kata orang arif, bagaimana mungkin untuk kita tak ingat kpd baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam. 

Nak tidur kita ikut sunnah baginda. Bangun tidur kita ikut sunnah baginda. Masuk tandas kita ikut sunnah baginda. Cara di dalam tandas kita ikut sunnah baginda. Kita minyakkan rambut dan janggut ikut sunnah baginda. Kita sikat rambut ikut sunnah baginda. Kita pakai cincin ikut sunnah baginda. Pendek kata semua yang berkait kehidupan apatah lagi ibadah kita, semuanya kita buat mengikut pedoman baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam. 

.۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Justeru, bagaimana mungkin sebenarnya untuk kita melupakan baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam di dalam hidup kita? 

Betul jugak tu Mi, balas kawan ambo. Ish ish rupanya kalau kita faham betul, InsyaAllah takde la sesusah mana kan. 

Ye Insya Allah. Allah taala akan permudahkan.

Mi, ko tak marah ke kalau orang tanya ko pasal kawen?

Fuuh, banyak pulak soalan ko pagi2 ni eh. Marah? Alhamdulillah tak. Ambo anggap itu sebagai doa. Moga2 Allah permudahkan. Kenapa nak marah kan. 

Ko tahu apa kata orang tua.

Menikah itu nasib. 
Mencintai itu taqdir. 
Kita bisa memilih untuk menikah 
dengan siapapun 
tapi kita tak bisa memilih 
cinta kita untuk siapa.

Tu dia, dah start dah ayat ko ni.. Hampeh betul. Tapi ko rugi Mi, orang kawen boleh makan sekali boleh gurau sekali pendek kata banyak perkara la sekali. Boleh jugak saling merindu. Ko nak rindu sape wei.

Haha 😂 ok betul gak tu. Tapi ko tahu tak apa itu kemuncak rindu? Tanya ambo

Tak. Jawabnya ringkas.

Kemuncak rindu itu adalah apabila dua orang tidak saling berbalas whatsapp, atau berbalas reply di Facebook atau Instagram. Akan tetapi dalam diam kedua duanya saling mendoakan.

Wow. Ko punya jawapan Mi, boleh buat novel lah.

Ooo novel ke? Ingatkan boleh buat masalah jawab ambo lagi. Haha 🤣

Takde la, habis tu nak jawab macamana lagi kan. Sekurang kurangnya jawab macam ni boleh mengingatkan kita betapa indahnya bahasa kita ini.

Di saat keindahan kata-kata kita hampir luluh dek kerana beda politik, kita perlu ingat bahawa kata-kata itu dicipta supaya kita membesarkan dan mengagungkan tuhan sang pencipta. 

Betapa indahnya kata -kata dengan pelbagai warna warni yang mampu melembutkan hati, menyegarkan jiwa dan menggembirakan perasaan. 

Bukannya kata-kata yang rosak dengan pelbagai bentuk nada caci maki yang gelap lagi suram.

Sehingga akhirnya kata-kata itu yang dipertuhankan.

Dan tuhan sang pencipta tenggelam dalam gelap kata-kata itu.

Comments

Popular Posts