George HW Bush & Barbara Bush. ( 73 tahun perkahwinan)
Beberapa minggu ini, ambo ralit membaca tentang politik dan di antaranya adalah mengenai George HW Bush yang baru meninggal dunia beberapa minggu lepas.
Ini Bush yang serang iraq pada sekitar tahun 90 an ketika krisis Kuwait Iraq dan penglibatan musuh utama Bush, Saddam Hussein yang pernah cuba untuk membunuh Bush.
Adapun anak Bush yang serang Iraq pada tahun 2003 tu nama dia George W Bush.
Ketika itu alasan utama adalah kerna adanya weapon of mass destruction yang realitinya hanya rekaan sebab ia tidak pernah dijumpai dan tuduhan adanya pengganas al Qaeda.
Saddam Hussein ditangkap pada tahun 2003 dan digantung sampai mati pada tahun 2006.
Dalam sejarah Amerika, Bush adalah orang kedua menjadi ayah yang mempunyai anak yang turut menjadi president. Bush 41 & Bush 43.
Orang pertama adalah John Adams, president kedua Amerika
yang anaknya John Quincy Adam menjadi presiden ke 6 Amerika.
Walaupun legasi Bush ini dalam dunia islam terutamanya tidaklah wangi, namun ambo rasa ada satu perkara baik yang boleh kita pelajari dari kisah hidup beliau.
Itulah dia, tentang perkahwinan beliau dan isterinya Barbara yang menjangkau 73 tahun sehinggakan di tulis banyak artikel dan buku khas tentang kisah cinta mereka.
Apatah lagi Bush ini memang suka menulis dan kebanyakan daripada surat dan tulisan beliau kepada Barbara masih kemas tersimpan di dalam perpustakaan Bush.
Kisah mereka semacam kisah klasik buku cerita lama.
Mereka berjumpa di sebuah parti krismas. Ketika itu Bush berumur 17 tahun dan Barbara berumur 16 tahun.
Dalam sebuah ucapan beliau, Barbara mengatakan bahawa ketika melihat Bush di parti itu, dia terus memahami bahawa ianya adalah love at the first sight.
Kemudiannya Bush yang ketika itu menjadi juruterbang pesawat pejuang Amerika ketika perang dunia kedua terpaksa meninggalkan seketika Barbara.
Bush bagaimanapun sempat menulis kepada Barbara.
’“I love you, precious, with all my heart and to know that you love me means my life. How often I have thought about the immeasurable joy that will be ours someday. How lucky our children will be to have a mother like you,”
Betul lah kata Lao Tzu
Berada dalam keadaan dicintai oleh seseorang memberikan kita kekuatan, dan mencintai seseorang dengan sepenuh hati memberi kita semangat yang sukar padam.
Bush, bagaimanapun, ketika menerbangkan pesawat dalam perang itu mengalami kemalangan. Jet pejuang yang beliau naiki bersama dua lagi rakan di tembak jatuh. Dua rakan beliau mati sementara beliau terselamat.
Sekembalinya dari medan perang, terus sahaja beliau mengahwini Barbara.
Ketika berucap di kolej Wellesley pada tahun 1990 Barbara mengatakan
"Saya membuat keputusan terpenting dalam hidup saya untuk mengahwini Bush adalah kerana beliau selalu membuat saya ketawa.
Itulah hakikatnya. Kami memang selalu ketawa baik dalam keadaan senang ataupun ketika menghadapi kesukaran. Dan gelak ketawa itulah yang menjadi gam pengikat kami yang paling kukuh. "
Barbara juga berkongsi cerita bahawa beliau pernah mengalami masalah tekanan perasaan.
Ia wujud tak lama selepas mereka kehilangan anak kedua mereka iaitu robin. Anak perempuan mereka yang meninggal dunia semasa berumur 5 tahun akibat penyakit leukimia.
Ketika itu Bush sedang mendaki tangga kerjaya beliau dan Barbara pula di rumah mengalami masalah.
Namun, walaupun begitu, setiap malam Bush masih akan mendengar segala bebelan beliau, mendengar semua cerita beliau serta melayan semua kerenah leceh beliau. Dan itu membantu beliau mengatasi masalah.
Beliau juga kagum dengan Bush kerna masih setia dengan beliau walaupun keadaan beliau ketika itu agak teruk.
Mungkin betul juga kata pepatah itu, bahwa pasangan keluarga yang bahgia itu adalah di antara
Deaf husband and blind wife
Ukays pun pernah melagukan bait puitis
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu,
terasa diriku Kembali dipandu
Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Ketika keluarga mereka berkembang. Mereka punyai empat anak lelaki. Dan satu anak perempuan yang sudah pergi.
Ketika itu Bush sempat menulis sesuatu meluahkan ingatan beliau kepada Robin. Anak perempuan beliau yang mati akibat leukimia.
'But she is still with us. We need her and yet we have her. We can't touch her and yet we can feel her.
Tak lama kemudian mereka mendapat anak perempuan kedua keluarga mereka. Dorothy.
Pada tahun 1984, ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke 49, Bush menulis kepada Barbara.
" Sudikah adinda mengahwini kekanda? Oops, kekanda lupa, kita telah pun berkahwin 49 tahun yang lepas. Pada hari bersejarah itu pada tahun 1945 yang lalu, kekandalah orang yang paling gembira.
Namun hari ini kekanda merasakan lebih gembira kerna adinda lah yang menjadi puncanya kegembiraan kekanda itu. Barangkali mungkin kekanda telah mendaki ke kemuncak gunung yang paling tinggi di dunia, namun, percayalah, ianya tersangat kecil berbanding kejayaan kanda memegang tangan dinda. "
Ketika akhir hayat Barbara, beliau selalu sakit. Suatu ketika beliau terpaksa berada di wad.
Ketika itu ayah sengaja buat2 sakit sebab ingin berada di hospital menemani ibu kata anak beliau Jeb Bush.
Ayah masuk ke bilik wad ibu ketika ibu sedang tidur dan memegang tangan ibu. Ketika itu ayah memakai pakaian hospital dan dalam keadaan teruk dan tidak terurus.
Tak lama kemudian, ibu membuka mata dan melihat ayah kami. Beliau kemudian berkata.
Ya tuhan, teruknya keadaan kamu ini George. Tapi kamu masih handsome. Dan mereka kemudiannya sama-sama tersenyum.
Ketika itu kelihatan beberapa jururawat yang turut berada di bilik itu mengalirkan air mata melihat situasi itu.
Ambo sebenarnya rasa, Barbara telah salah apabila memberitahu ini adalah love at the first sight beliau.
Kerna sebenarnya ini adalah love at every sight.
Oouch.
Buya Hamka pernah berpesan.
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Dalam bukunya The Prophet, Khalil Gibran juga mengatakan hal yang lebih kurang sama apabila di tanya tentang perkahwinan.
Kamu telah di lahirkan bersama dan kamu perlu terus bersama di dalam kesatuan itu
Namun dalam kebersamaan kamu itu perlu adanya ruang kosong.
Supaya dapat air laut mengalir di antara kedua tepian pantai kamu.
Penuhkan kedua cawan kamu tapi jangan minum dari cawan yang sama.
Menyanyi lah, menari lah bersama dan Nikmatilah kegembiraan itu, namun sesekali biarkan di antara kamu menikmati masanya bersendirian.
Berikan hatimu tapi bukan untuk dimiliki. Kerna hati itu pemiliknya tetap tuhan yang satu.
Terus berdiri bersama tapi janganlah terlalu dekat.
Kerna kukuhnya sesebuah bangunan itu apabila tiangnya berdiri agak jauh.
Dan fahamkanlah.
Pokok Oak dan Cypress itu hidup membesar dengan baik namun bukan di dalam bayangan sesama mereka.
Hampir selesai menulis tulisan ini, kedengaran lagu Where is the Love dendangan the Black Eyed Peas
What's wrong with the world, mama
People livin' like they ain't got no mamas
I think the whole world addicted to the drama
Only attracted to things that'll bring you trauma
Where is the love (The love)
Where is the love (The love)
Where is the love, the love, the love
Comments
Post a Comment