Bj Habibie aka Mr Crack. Terkenal kerna cerdiknya. Diingati sebagai presiden yang singkat usia. Disebut-sebut kerna cinta terhadap isterinya



Ya, setiap orang ada sisi baik dan buruknya. Namun bila seseorang itu terbang ke negeri abadi, baiklah kiranya kita mengenang hal baik dari hidupnya buat cerminan hidup kita. 

Bila disahkan bapak presiden BJ Habibie meninggal dunia, ramai menulis belasungkawa kepada beliau mengucap takziah dengan mengatakan selamat menemui kembali cinta hati, Ainun. 
Beliau merupakan antara orang bijak pandai yang ketika usia mudanya telah punyai semangat untuk berbakti kepada negara. 

Oleh kerana beliau lahir dari Parepare, Sulawesi Selatan, beliau faham benar kesukaran warga Indonesia untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain di dalam negara Indonesia. Ini mencetuskan ilham didada beliau untuk mencipta sesuatu bagi menyelesaikan masalah itu. 

Beliau ke German dengan biaya sendiri. Namun beliau mengatasi semua masalah dengan keputusan yang cemerlang. 
Pernah satu ketika beliau sakit teruk di German. Ketika itu, semangat beliau untuk berbakti kepada negaranya sangat tinggi. Di dalam peperangan beliau dengan sakit itu, beliau sempat menulis satu puisi, cinta beliau kepada tanah airnya. 

Sumpahku
Terlentang, jatuh, perih kesal
Ibu Pertiwi, engkau pegangan
Janji pusaka dan sakti
Tanah tumpah darahku
Makmur dan suci
Hancur badan
Tetap berjalan
Jiwa besar dan suci
Membawa aku padamu
Padamu Indonesia
Makmur dan suci

Mr Crack adalah nama panggilan beliau kerna beliau menemui dan mengasaskan Crack progression theory laitu teori untuk menemui keretakan pada pesawat. 

Beliau sempat mencipta beberapa pesawat. Ada 46 paten dengan nama beliau. Royaltinya jutaan ringgit.

Ketika beliau menjadi presiden tersingkat usianya di Indonesia (17 bulan) menggantikan Suharto, beliau dengan berani membuat beberapa langkah yang tidak popular.

Langkah yang difahami mampu menoktahkan usia beliau sebagai presiden. Namun sebagai seorang negarawan, beliau melaksanakannya tanpa sebarang sesalan.

Beliau melaksanakan pilihanraya bebas pertama, melepaskan tahanan politik, membebaskan media massa, mengukuh hak wanita, mengurangkan peranan tentera dalam kerajaan, memusatkan pentadbiran dan mengadakan referendum di Timor Leste yang memberi mereka kemerdekaan. 
Salah seorang tahanan politik yang dilepaskan beliau, adalah Xanana Gusmao yang kemudiannya menjadi presiden pertama Timor Leste. 

Dalam satu klip video yang tular, kelihatan Xanana Gusmao mencium dahi dan memeluk BJ Habibie yang sedang berada di atas katil hospital. Video ini begitu mengharukan. 
Kisah cinta beliau dan isterinya Ainun, sangat diketahui ramai kerna beliau menulis sebuah buku mengenainya.

Buku ini kemudiannya dijadikan rujukan kepada filem Habibie dan Ainun yang diterbitkan pada tahun 2012.

Diikuti filem Habibie dan Ainun 2 yang dinamakan Rudy Habibie pada tahun 2016.

Dan telah keluar pada Disember  2019 lalu Habibie dan Ainun 3. 

Sutradara, Hanung Bramantyo ketika ditanya pengalaman beliau bersama BJ Habibie ketika membuat filem ini secara ringkas berkata. 

BJ habibie mengatakan kepada saya. Kita ini bukan sedang membuat pesawat, kerna kalau kita sedang membuat pesawat, kamu perlu mengikut saya kerna itu bidang saya. Sekarang kita sedang membuat filem, dan itu bidang kamu, saya harus mengikut kamu. 

Begitulah rendah hati seorang negarawan 

Jika tidak ada masa untuk membaca kisah hidupnya, memadai untuk menonton kedua filem itu yang sudah sedia ada di Netflix. 

Ainun. 

Pembantu BJ habibie mengatakan bahawa, pak Habibie akan selalu memakai selendang ibu Ainun. Jarang sekali beliau melupakannya. 

Selepas kematian ibu Ainun, pak Habibie ada melakar sebuah puisi. 

Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu.

Karena aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada pada akhirnya, dan kematian adalah sesuatu yang pasti, dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, aku sangat tahu itu.

Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat, adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang, sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku nelangsa setengah mati, hatiku seperti tak di tempatnya dan tubuhku serasa kosong melompong, hilang isi.

Kau tahu sayang, rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang berganti kemarau gersang.

Pada airmata yang jatuh kali ini, aku selipkan salam perpisahan panjang, pada kesetiaan yang telah kau ukir, pada kenangan pahit manis selama kau ada, aku bukan hendak mengeluh, tapi rasanya terlalu sebentar kau disini.

Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang, tanpa mereka sadari, bahwa kaulah yang menjadikan aku kekasih yang baik.

Mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah mendua, tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia, kau ajarkan aku arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini.

Selamat jalan, kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya, kau dulu tiada untukku dan sekarang kembali tiada.

Selamat jalan sayang, cahaya mataku, penyejuk jiwaku, selamat jalan calon bidadari surgaku.

-Bacharuddin Jusuf Habibie-.”

Najwa Shihab, pengacara rancangan tersohor di Indonesia iaitu rancangan Mata Najwa yang juga merupakan anak kepada mantan menteri agama serta ulama Indonesia iaitu M Quraish Shihab, menulis dengan indah ketika membuat rancangan khas mengenang Habibie. 

Habibie adalah cinta. Ia pencinta yang penuh seluruh. Cintanya pada Ainun selalu sungguh, cintanya pada Indonesia tak pernah luruh. Cinta pulalah yang membuat saya memilih foto-foto ini untuk mengenang Eyang Habibie.

Saat ia sedang tertawa dengan mata jenakanya yang khas.

Saat ia dengan ringannya berkata di Mata Najwa, “Saya tidak lagi takut mati karena andaikan sampai waktunya nanti, Saya tahu yang akan menemui Saya pertama adalah Ainun”.

Untuk Bacharudin Jusuf Habibie tercinta, selamat terbang menuju keabadian,'

Najwa dan ayahnya adalah di antara orang yang sempat melawati Habibie ketika beliau sedang berada di hospital. 

Kata Najwa, ayahnya sempat membisikkan sesuatu ke telinga pak Habibie 

“Berkah ilmu Pak Habibie yang akan melapangkan jalan Bapak nanti..” 

Ketika itu Habibie memang sudah tidak bisa menjawab tapi matanya masih bergerak-gerak tanda mengerti, dan tidak lama kemudian beliau menangis. Amblas rasanya hati saya.''

Semoga Allah merahmati beliau. 

High tech. High touch. 

Begitulah hidup. Sebahagian besar hidup adalah tentang rasa. Perasaan. Jika rasa itu dilakar di helaian putih maka rasa dan nostalgia itu akan terus kekal walaupun pemilik rasa itu sudah berlepas pulang. 

Dan itulah pesan Shakespeare dalam Sonnet 18 beliau. 

So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee. 

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Comments

Popular Posts