Saranghaeyo Tok Guru.

Sebaik rasmi pencalonan dua anak gemulah tok guru di bawah lambang berbeza, geger riuh seluruh negara tentang perkara ini. Banyak ulasan telah diberi. Ambo membaca kebanyakan drpd ulasan itu tanpa bias.

Rupanya khalayak yang mengulas ini walaupun nadanya banyak yang marah2 tapi sebenarnya mereka rindu. 

Semuanya merindui susuk tubuh gemulah tok guru. Suara beliau. Pandangan beliau. Ketegasan beliau serta humor yang jarang2 sekali beliau berikan. 

Ust Nik Abduh dan ust Nik Omar ni pula bercakap dan bergerak seakan dibayangi gemulah. 

Kita sedia maklum, ust Nik Abduh memiliki pena yang tajam tapi kurang dari sudut pengucapan. Ramai yang ditikam oleh tajam pena beliau. 

Bila ramai melihat ust Nik Omar bercakap, mereka terkesima, cara beliau, nada beliau, buah kilah beliau saling tak tumpah seperti gemulah.

Bila beliau mengungkap kalimah fastabiqul khairat, khalayak massa seakan mendapat momentum baru dan terus apa yang diungkap beliau ini menjadi slogan bagi pendukung beliau. 

Kerna merindui gemulah lah, terkadang ulasan yang diberi terhadap kedua anak gemulah ini sedikit keterlaluan. Namun kita faham tentang itu.

Namun, jika betul kita menghormati dan merindui gemulah, kita masih perlu menyimpan sedikit rasa hormat terhadap kedua anak beliau ini.

Di saat seperti sekarang, siapa tidak merindui gemulah tok guru. Ramai yang mengungkap kata, kalau tok guru masih ada..

Merindui gemulah tok guru itu betul. 

Akan tetapi jangan kita lupa sepanjang hayat gemulah, beliau mengajar kita supaya merindui Allah taala dan baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wasallam.

Apa saja yang gemulah buat itu adalah cerminan kerinduan dan kasih sayang gemulah kpd Allah taala dan Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam.

Kerna itu jangan terhenti cinta dan rindu itu hanya pada gemulah. Wajib untuk kita merindui dan mencintai Allah taala dan kekasihNya sayyidina Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam.

Kita sangat bertuah kerna sosok peribadi baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wasallam itu bukan hanya sebagai seorang nabi dan rasul bahkan baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wasallam juga adalah seorang ahli politik, pemimpin besar serta negarawan ulung yang pernah dimiliki oleh dunia.

Kerna itu, pada ambo, pada saat seperti skrg ini, berpencak lah kita semahunya di dalam politik demi untuk kesejahteraan negara dan rakyat. 

Akan tetapi beringat lah, cara politik siapa yang kita contohi. Perilaku politik siapa yang kita teladani supaya nantinya segala penat lelah kita itu berharga bila di timbang di mizan Allah. 

Jangan kerna politik solat fardu kita terabai. Quran kita tinggalkan dan selawat kpd baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wasallam pula hanya secara kebetulan. 

Jangan nantinya kita menang besar di dunia tapi kalah teruk di akhirat. 

Ada kawan bertanya kepada ambo. 

Mi, ko pernah jumpa gemulah tok guru? 

Ya, ada jawab ambo. Ada sekali saja. Ianya berlaku sekitar bbrp tahun yang lepas ketika maghrib di masjid Sungai Tong. 

Ketika itu gemulah dalam perjalanan dengan kereta ke Kuala Terengganu singgah di masjid ini untuk solat. 

Imam ketika itu menjemput gemulah tok guru untuk menjadi imam kami. Beliau menerimanya dan kami semua ketika itu solat maghrib di masjid sungai tong berimamkan gemulah. 

Selesai solat, semua pakat bersalaman dengan gemulah, hatta pakcik2 kampung ambo yang tidak suka tok guru sebagai ahli politik pun tetap datang dan bersalaman dengan gemulah. Siap cium tangan lagi. Tersenyum ambo tengok. 

Itulah gemulah tok guru, walaupun beliau tidak disukai kerna pandangan politik beliau tapi beliau tetap dihormati sebagai seorang alim. Seorang tok guru. 

Bila gemulah ingin bergerak pulang, ambo hulur tangan untuk memimpin gemulah yang ketika itu memang menggunakan tongkat. Kelihatan sedikit uzur. 

Gemulah tok guru memandang kpd ambo, siapa pulak budak ni kan, tiba2 mai hulur tangan, ambo mengangkat kepala melihat gemulah tapi ambo speechless tak terkata apa2. Sepatutnya kena lah bgtau nama kan. 

Alhamdulillah kemudian gemulah tersenyum dan beri izin kpd ambo memegang tangan beliau dan mengiringi beliau ke kereta. Ramai pakcik2 datang mengucap sesuatu kpd gemulah. Ambo tetap di situ terdiam. 

Akhirnya gemulah tok guru masuk ke dalam kereta. Mengangkat tangan beliau, dan selepas mengucapkan salam berlalu pergi. 

Ambo hanya  mampu menjawab salam dan melambai gemulah. Tidak berkata apa pun. Adoi la. 

Kawan ambo menambah soalan, macamana kalau ko jumpa sayyidina Rasulullah shallallāhu alaihi wasallam mi? 

Allah. Trus ambo terdiam. 

Mungkin tidak akan berkata apa2. Cukuplah jika diberi izin untuk mencium tangan baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam yang mulia itu dan melihat wajah serta senyuman indah baginda Rasulullah shallallāhu alaihi wassalam. 

Kerna ambo ni bukanlah siapa2 pun untuk berkata2 di hadapan baginda shallallāhu alaihi wasallam. 

Macamana kalau ko jumpa awek Mi? Soalnya pula.. Confirm speechless jugak kan? 

Aigooo.. Oo rupanya ini soalan ko sebenarnya ek. Hampeh betul lah. 

Haha 😂 mungkin juga terdiam. Tapi InsyaAllah cinta dan rindu itu ada bahasanya tersendiri yang kadang kala tidak terungkap oleh perkataan. 

Jika kita telah membuat pilihan kerana Allah dan Rasulnya, apa pun lambang itu, teruslah bekerja dan bersabar. Ingatlah hanya amalan yang ikhlas diterima Allah. 

Jangan jadikan perpecahan itu sebagai pedang untuk kita melibas dan mencederakan orang lain. Jadikan perpecahan itu sebagai perisai kita supaya dengannya dapat kita mengukuhkan lagi ilmu dan keyakinan kita kpd Allah taala. 

Akhirnya, kita semua berharap supaya Malaysia 🇲🇾 ini akan menjadi negara yang lebih baik. Insya Allah, moga allah berkati negara ini serta seluruh rakyatnya.

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Gemulah = arwah atau mendiang

Tulisan ini ditulis pada 2 Mei 2018 di saat bahang politik menyala 

Comments

Popular Posts