Pertemuan tak diundang


Di sujud terakhir itu, air mataku mengalir ibarat hujan di musim banjir. Hatiku pula hanya berulang kali mengucap  kalimah.

Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.

Sebaik selesai solat, terus aku cuba merebahkan badanku di atas katil. Kepalaku diletak di atas bantal pusaka. Bantal itu selalu diguna oleh kedua ibu bapaku.

Sebaik terbaring, aku memejam mataku. Bahuku terasa amat berat. Tubuhku pula terasa sangat panas sekali. Sesekali teras ingin muntah. Perutku memberi isyarat waspada. 

Aku sudahpun kelihatan tertewas.

Namun mulutku masih mengungkap.

Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. 

Air mata pula masih degil mengalir di pipi sambil mata terpejam kejap. 

Tidak lama aku begitu, apabila aku dijemput berpindah alam. 

Assalamualaikum anak muda. 

Suara garau menyapaku. 

Aku tersedar, kini aku di kaki sebuah pergunungan yang amat cantik. Di tepi sebuah tasik nan hijau dihiasi ribuan bunga bunga indah lagi aneh. 
Aku bangkit menoleh ke arah suara itu. 

Waalaikumussalam pakcik jawab ku. 

Aku memanggilnya pakcik kerana dia kelihatan amat tua dengan rambut dan janggut panjang yang putih. Berpakaian seadanya. Sedang mengail berhampiranku. 

Pakcik itu tersenyum. 

Selamat datang katanya. 

Aku mulai terasa aneh. Pelbagai soalan muncul di benak fikirku. 

Tiba2 orang tua itu mencelah. 

Kau tidak akan lama di sini. Kerna itu tanyalah soalan yang memberi faedah. Jangan ditanya soalan tidak berguna. 

Aku terdiam lama. Cuba berfikir soalan yang sesuai. Tapi tidak kunjung tiba. 

Akhirnya si tua itu bertanya. 

Apakah kau sedang kesedihan? 

Ya pakcik. Jawab ku jujur. 

Pakcik itu tersenyum sambil berkata. 

Anak muda, apakah kau terkilan dengan Tuhan? 

Tidak pakcik, jawab ku, aku hanya sedih kerna tidak mampu berbuat yang baik baik untuk meraih kasih tuhan. 

Sapu dulu air matamu itu, perintah orang tua itu kepadaku. 
Jujurlah hai anak muda, kau sedang kesedihan kerna hajat mu tidak dikabulkan bukan? 

Aku hanya mampu mengangguk memberi isyarat ya. 

Anak muda, setinggi apapun cita citamu. Sekuat manapun usahamu. Sehebat manapun semangat dan iltizammu. Kamu tidak akan pernah berupaya untuk menerobos kota takdir yang telah ditentukan oleh Allah taala kepadamu. 

Justeru, apa harus aku lakukan pakcik? 

Berehat lah. Berehat lah, anak muda. 

Berehat? Soalku kebingungan. 

Iya jawab pakcik sambil ketawa kecil. Kamu harus berehat daripada risau akan tadbir taqdir. Kerna itu bukan hak mu. Itu hak Allah taala. 

Maksud pakcik? Aku masih buntu 

Setelah kamu berusaha dan berdoa, serahkanlah semua urusan selebihnya kepada Allah Taala. Jangan kamu memandai untuk risau akan kerja Allah taala. Diam, yakin, dan bersangka baiklah kepada Tuhan. 
Ooo aku kini mengangguk faham. 

Apakah kamu mengira hajat mu yang pada pandangan kamu tidak dikabulkan tuhan itu tidak sampai? 

Aku hanya mengangguk dan mengatakan mungkin. 

Ooo anak muda yang masih mentah. Ketahuilah, jika Allah Taala telah menggerakkan hati dan lidahmu untuk memohon kepadanya, maka itu tanda Dia ingin memberi kepadamu. 

Kerna doa itu sebenarnya semuanya maqbul dan didengari oleh Allah Taala. 

Semuanya maqbul tanyaku hairan? 

Iya, semuanya. Namun harus kamu fahami bahwa dalam memberi sesuatu kepada manusia, kabulnya doa itu terbahagi kepada tiga

1. Adakalanya hajat itu ditunaikan 
2. Adakalanya ia disimpan untukmu di akhirat 
3. Adakalanya ia menjadi asbab tertolaknya bala bencana drpd kehidupanmu. 

Ooo begitu jawabku sambil mengganguk tanda faham. 

Apakah kamu bersungguh dalam doamu? Tanya orang tua itu lagi. 

Iya pakcik. Aku selalu bersungguh dalam doaku. 

Hmm. Kamu harus tahu bahawa bila Allah mengurniakan padamu keterpaksaan dalam berdoa, maka itu tandanya Allah ingin menunaikan hajatmu. Sedang kamu sebetulnya tidak layak berdoa dengan keterpaksaan sebagai seorang hamba Tuhan. 

Aku cuma mengganguk faham. 

Orang tua itu menyambung bicara. 

Kerna itu kau tidak harus terkilan duhai anak muda. Jika masih doamu belum tertunai. Kerna tertunainya doamu itu adalah menurut pilihanNya untukmu bukanlah menurut pilihanmu untuk dirimu sendiri. 

Walaupun lama masa doaku itu? Soalku lagi. 

Iya. Walaupun lama masa kau ambil. Kerna Allah Taala memberi pada masa yang Dia kehendaki untukmu, bukan pada masa yang kau inginkan.

Jika ku kira waktunya sudah tiba untuk hajatku itu, apa perlu ku lakukan wahai pakcik?

Kamu perlu bersabar. Dan kamu mesti menghaluskan adab kamu dengan Tuhan. Belajar berserah sepenuhnya kepadaNya tanpa sikit pun rasa ragu. Dan paling penting kamu mesti teguh dan tetap dalam keyakinan kamu kepadaNya. 

Ooo kini aku semakin mengerti pakcik. Aku tersenyum padanya. 

Dia kelihatan membetulkan kailnya dan bersiap untuk beredar. 

Masa ku sudah hampir tiba duhai anak muda. Jawabnya sambil berjalan menuju ke arahku. 

Tapi, pakcik, kailmu hanya tali tanpa umpan dan mata kail. 

Pakcik tersenyum. Kamu ini anak muda, hanya sudi melihat melalui anak mata zahirmu semata-mata. Sesekali guna lah mata batinmu untuk memandang kerna dimensi pemandangan itu cukup luas berlapis indah. 

Aku hanya mampu mengangguk lagi. 

Bila dia dekat denganku dia bertanya lagi, 

OK anak muda, ini soalanku yang terakhir. Di manakah tumbuhnya biji? 

Di tanah jawabku ringkas. 
Alhamdulillah jawab pakcik tua itu sambil menambah. Begitulah juga dengan hikmah. Hanya tumbuh di dalam hati seumpama bumi. Jagalah khazanah hatimu elok2 anak muda. 

Dia mendekati aku, bersalam dan kemudian memelukku sambil berbisik sesuatu. Selepas itu dia melangkah pergi. 

Beberapa langkah menjauhi ku, pakcik tua itu kembali memandang kepadaku dan berpesan buat kali terakhir. 

Anak muda! Ingat! Lelaki di jalan Allah itu adalah orang yang selalu tersenyum kepada taqdir. Assalamualaikum dan jumpa lagi sambil dia melambai. 
Belum sempat aku menjawab salamnya, aku tersedar dan kembali ke alam dunia. 

Aku melakukan sujud syukur dan air mataku mengalir lagi, tapi kali ini ia air mata kegembiraan. 

Sebaik aku bertenang, dengan izin Allah aku terpandang sebuah kitab lama di kepala katil ku. Kitab yang sudah lama tidak kusentuh baca. 
Aku mengambilnya dan membelek belek kitab itu. Aku tersenyum lagi. Kini bahuku ringan. Badan segar bertenaga. Terasa begitu indah dan ceria sekali. 

Rupanya apa yang disebut oleh orang tua itu adalah butir bicara kitab ini. 

Patutlah dia membisik kepadaku di akhir pertemuan itu. 

Anak muda, ilmu barokah kurniaan Allah Taala itu tidak pernah mati. Ia hidup. Sesekali jika engkau memerlukannya, dengan izin Allah ia akan datang menyapamu.

* trima kaseh kerana membaca fiksyen ini. Jika tak faham tanyalah saja pada yang ahli. Adapun ambo ini hanyalah ahli keyboard.
Jika ada silap salah sila bagitau ambo. Yang baik semuanya hak Allah Taala jua. ๐Ÿ˜€

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†َّูƒَ ุนُูُูˆٌّ ูƒَุฑِูŠู…ٌ ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ

.۞ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ۞


Comments

Popular Posts