Nur Rahmat United


" Pergh! Lebat betul hujan kan Ahjussi ? Setelah hampir seminggu panas."

Nur memulakan perbualan sambil mengambil tempat di sebuah meja di restoran. Di situ, telah sedia menunggu Rahmat, kawan lelakinya dengan segelas kopi, senaskhah buku The Innovators karya Walter Isaacson dan teman akrabnya Samsung Galaxy Tab. 


" Iya, hujan pun sepertinya tahu la Ahjumma."  balas Rahmat. 

" Tahu? Tahu apa? Ni tak apa kan aku duduk di sini? Renata Notni kau tak datang kan? " soal Nur sambil membetulkan tempat duduk beliau dan memesan segelas teh o ais limau. 

" lebat hujan yang turun itu menggambarkan betapa lebatnya rindu aku padamu. Ceeewaah." 

" Renata? Amboi, kasar bergurau pagi ni. Yang kau tu duduk kat sini kenapa? Mana Oppa Hyun Bin kau? 
Rahmat membuat memek muka meluatnya dan kemudian ketawa. 

" haha 😂 ‚ Apa masalah kau pagi ni? Manchester United kalah lagi eh? Soal Nur sambil ketawa juga.

Mereka ketawa beriringan sambil menikmati air yang dipesan. 

Nur kemudiannya memecah sepi. 

" Kau masih di Flipboard? Atau tersangkut di Pocket? Haa apa cerita terbaru? "

( * Flipboard dan Pocket adalah aplikasi bacaan yang agak berguna samada di peranti ios atau Android) 

Ya, ya. Di flipboard. 

Di saat Trump dan Amerika ingin menunjukkan kuasanya ke atas Iran, Maharaja Xi Jinping senyap senyap memperkukuh dinasti beliau di China. Di Russia pula, Kaisar Putin sedikit demi sedikit membina semula Kekuasaan Romawi. 

Bagaimana pula di Tanah Melayu kita ini, celah Nur. 

Ooo. Hmmm. Di Tanah Melayu kita ini, politikus tua saling sibuk menikam sesama sendiri. Politikus muda pula tenggelam ditelan arus, tidak dilatih menjadi negarawan tapi  terus diperbudak menjadi kuda tunggangan politikus tua.

Tapi kita sedikit bernasib baik. 

Nasib baik? Macamana tu? Soal Nur hairan. 

Ya. Nasib baik sebab kita masih mempunyai Ayahanda Rani Kulop. Haha 🤣 
Ketawa mereka mewarnai kesunyian restoran di saat kebanyakan restoran kini mengalami kemerosotan pelanggan yang agak ketara berikutan langkah tegas kerajaan terhadap  perokok. 

Namun kita masih perlu berharap bahwa suatu hari nanti kita akan mampu melihat secara matang setiap isu yang berlaku. 

Kau mahu menjadi realist Mat? Soal Nur

Bukan bukan realist tapi pengharap. 

You may say I'm a dreamer. But I'm not the only one.

Lagu siapa tu Michael Jackson ke? Soal Nur. 

Itu lagu John Lennon. Imagine. 
Tapi memang keadaan hidup sekarang makin sukar kan? Semakin ramai orang mengeluh. Nur kembali melontar soalan. 

Ya. Sukar. Namun itulah kehidupan. Bak kata Lord Byron, 

" keseluruhan hidup ini adalah tentang sensasi sebuah kewujudan. Merasa ada walaupun didalam kesakitan." 

Fuuh. Ooo Ahjussi. Kau berfalsafah lagi ke? Siapa Byron ni wei? Aku macam pernah dengar. 

Rahmat mengambil nafas untuk memberi penerangan buat Nur. 

Lord Byron adalah tokoh bangsawan Inggeris. Juga seorang sasterawan terkenal di sana. Yang lebih menarik, anak perempuan beliau yang dikenali sebagai Ada lovelace adalah di antara pengaturcara komputer yang awal di dunia. Ada Lovelace ini juga di antara orang terawal yang mewarnai sejarah lahirnya komputer.


Ooo maknanya perempuan dulu pun sudah hebat dalam komputer ni la kan. Nur bersuara sedikit bangga.

Ya. Ya. Semua orang hebat jika mereka setia terhadap diri mereka sendiri. Tidak terganggu dengan kicauan kicauan meragukan dari orang lain. Rahmat membalas.

Betul. Betul. Itu aku setuju. Seperti kata Paulo Coelho di dalam The Alchemist.


Ooo. Apa katanya? Giliran Rahmat bertanya Nur.

Di dalam buku The Alchemist itu, Paulo Coelho berpesan bahawa kita ini tidak boleh lari daripada perspektif orang lain. Apa sahaja yang kita buat, pastinya akan mengundang pandangan baik atau buruk daripada orang lain. Yang penting kita harus ada keyakinan terhadap diri kita dan keikhlasan untuk terus berlaku jujur kepada diri kita sendiri. 

Kata beliau 

" Setiap manusia kelihatan mempunyai pandangan yang jelas bagaimana orang lain harus menangani kehidupan mereka, namun mereka sendiri kelihatan tidak berupaya menangani kehidupan mereka sendiri." 

Betul. Aku setuju dengan kau, Nur. Manusia ini terkadang di belakang kita banyak sungguh kritikannya, mengaum mereka macam singa. Akan tetapi bila di hadapan kita, mereka diam membisu macam lembu jinak disuap dedak.

Haah kan. Banyak kali kita disua pengalaman sebegitu. Aku pernah beberapa kali kehabisan sabar. Hampir hampir keluar tendangan tanpa bayang aku. Kata Nur sambil tersenyum. 

Tendangan macam Cantona? Soal Rahmat membetulkan kenyataan Nur. 

Ya. Ya. Macam Cantona. Tak habis habis kau punya Manchester United ni. Bentak Nur sambil menggeleng kepala. 

Aku rasa Jay Z mengungkap perkara ini dengan mudah di dalam lagu 99 problems beliau kata Rahmat lagi. 

" You know the type: loud as a motorbike but wouldn’t bust a grape in a fruit fight.”

Fuuh. Sejak bila kau mengikut hip hop ni Rahmat? Nur melanjutkan. 

Haha  aku ni kan peminat seni. Bahkan Einstein pun ketika buntu memikirkan teori relativitinya, sempat melagukan lagu lagu Mozart. Bukan seperti kau Nur. Hanya meminati K Pop. 

Eh. Tolong sikit. Ingat K pop takde ke pengajaran yang baik-baik. Oppa Hyun Bin pernah mengatakan melalui dialog beliau di dalam drama Crash Landing on you 

" Untung atau rugi di dalam kehidupan ini seumpama tali yang tersimpul. Masanya akan bergilir tiba." 


Wow. Tak sangka aku rupanya dahsyat jugak K pop ni eh. Rahmat mencebik bibirnya mengejek Nur. 

Kau jangan buat tak tahu Mat, antara perkara menarik yang kita boleh belajar daripada Korea adalah budaya Ppali Ppali mereka. Bagaimana mereka tersentak dengan kemajuan jiran mereka dan secara agresif mereka mara ke depan. Daripada kemajuan kebendaan hingga ke sektor seni, mereka telah jauh ke depan. 

Tahun lepas/ini bukan setakat filem Parasite yang mara ke Festival ternama dunia, bahkan beberapa pelakon mereka membintangi filem besar Hollywood. Antaranya Lee Hyung Hun di dalam filem G. I. JOE. Rain di dalam filem Ninja Assassin. Dan aktress Han Hyo Joo yang membintangi drama Treadstone yang dibuat berdasarkan filem Jason Bourne. 

Oi oi makcik. Terus ko bagi aku kuliah K pop eh. Balas Rahmat sambil tersenyum. 

Iyalah. Sebab ko selalu sangat burukkan K pop ni. Paling tidak aku cuma menghujahkan di sebalik yang buruk itu ada jugak banyak perkara baik. Tegas Nur. 

Baik. Baik. Ahjumma. Aku mengaku kalah. Rahmat cuba menenangkan Nur yang kelihatan sedikit beremosi. 

Haa.. Tahu pun kau mengaku kalah. Paling tidak K pop tu berani. Bukan macam kau. Nak pandang aku pun takut. Asyik bercakap tengok meja makan je. Apa aku tak cantik ke? Tak manis? Nur membebel 

Haha  bukan. Aku bukan penakut. Cuma tuhan memberi izin pada aku untuk menggunakan keberanian aku pada tempat yang lebih berhak. 

Kau? Kau memanglah cantik. Secantik Song Hye Hyo tapi manis kau tu aku terpaksa tentukan dahulu. 
Tentukan? Tentukan apa pulak ni Mat? Marah Nur. 

Iyalah. Nak kena tentukankan samada manis kau tu adalah adalah manis gula yang boleh membawa mudarat atau manis madu yang boleh menjadi ubat. Jelas Rahmat sambil tersenyum. 

Kau memang sengaja menyebut madu kan? Dah aku nak pergi dah. Benci dah aku cakap dengan kau. Sebenci aku kepada Manchester United! Bentak Nur. 

Betul benci? Soal Rahmat. 

Betul. Confirm. Sahih. Jawab Nur sambil mengemas barang dan beransur pergi. 

Rahmat mengambil telefonnya dan membuka aplikasi whatsapp. Mencari nama Nur, kemudian menaip

Sejujurnya dalam sejarah manusia, tidak akan pernah ada rasa benci sebelum ada rasa cinta terlebih dahulu. 

Sebaik blue tick muncul, Nur hanya membalas

😜😜😜😜




Comments

Popular Posts