Mengingati Maulana Jalaluddin al Rumi

Rumi' s Wedding Night

Setiap tahun pada tarikh 17 Disember, akan disambut hari mengingati tokoh terkenal dunia ini di Konya, Turki. 

Tokoh yang tulisannya serta kata-katanya menawan hati seluruh manusia rentas agama atau bangsa.

Sehingga hari ini, kata puitis beliau masih menjadi azimat dan penghilang haus dahaga para pencinta. 

Hari kematiannya  pada 17 Disember 1723 digelar Sheb i Arus atau Rumi' s wedding night kerna beliau pernah menyebut.

Hari kematian adalah hari perkahwinan seseorang itu dengan keabadian.

Sememangnya kata puitis beliau terkadang sukar untuk dimengerti. Namun secara umumnya ia mampu menarik perhatian semua kerna kata puitis beliau menzahirkan tentang cinta. Meraikannya. 

Beliau mampu mendekatkan apa yang jauh. 
Menerangkan apa yang gelap. 
Menunjukkan khazanah di bawah runtuhan. 
Menimbulkan rasa. 
Serta menghilangkan gelora.

Kata beliau, 

Jika kau ingin tuhan jadi
menyenangkan bagimu 
Pandanglah ia dengan mata
orang-orang yang mencintaiNya

Kerna itu akan memberi kita semangat dan keyakinan. 

Kata maulana Rumi , 

Ku tanam mawar
Tanpa engkau
Yang tumbuh hanya kaktus

Ku peram telur merak,
Tanpa engkau
Ular yang menetas

Ku mainkan muzik
Tanpa engkau 
sumbang bunyinya

Ku lewati ke sorga tertinggi
Tanpa engkau
Neraka bernyala yang ku temui 

Namun, bukanlah satu perkara yang mudah, untuk melaksanakan apa yang beliau nukilkan ini. 

Kata maulana Rumi lagi, 

jika engkau belum mempunyai ilmu
hanyalah prasangka
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan
begitulah caranya!

jika engkau hanya mampu merangkak
maka merangkaklah kepada-Nya!

jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

jika engkau masih mempunyai 
seratus keraguan mengenai Tuhan
maka kurangilah menjadi 
sembilan puluh sembilan saja
begitulah caranya!

wahai pejalan!
biar pun telah seratus kali engkau ingkar janji
ayuhlah datang dan datanglah lagi!

Kerana Tuhan telah berfirman:

“ketika engkau melambung ke angkasa
atau pun terpuruk ke dalam jurang
ingatlah kepada-Ku,
kerana Akulah jalan itu.”

Pernah si khalifah bertanya kepada Laila.. 

Duhai Laila, kau ini nampaknya seperti perempuan biasa sahaja. Bagaimana mungkin si majnun begitu tergila gilakan engkau. 

Trus saja dijawab Laila

Diamlah kau wahai sang khalifah! 
Kerna kau bukan Majnun! 

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Comments

Popular Posts