Kopi Station Hentian Rahmat

" Comel sangat kopi ni ustak, lagu mano nok minum ni? Supo duduk kolumpo doh ambo ni ustak. "

Ustak Sanusi hanya tersenyum.

" acu try gak dulu."

Sambil tersenyum ustak meminta ambo untuk mencuba kopi yang disediakan sendiri oleh beliau malam ini.

Allah. Memang sedap sungguh kopi cappuccino ini. Comel plak tu. Ni kali pertama ni ambo minum kopi secomel ini nih. 

Gementar pulak rasanya. Haha 🤣 

Sebetulnya kedai kopi ini baru sahaja dibuka pada hari ini.

Kopi Station namanya. 

Letaknya di deretan kedai makan yang baru dibuka yang dinamakan Hentian Rahmat. Tidak berapa jauh la dari Sungai Tong.
Kopinya antarabangsa tapi dengan harga kampung.

Meme beraso nok keccek mat saleh selalu la lepas minum mugo ni. Haha 🤣 

Pemiliknya adalah Ustak Sanusi dan ustazah Norazlina.

Ada tu gambar ambo bersama mereka. Ambo ambik buat kenangan dan sejarah.
Ambo kenal Ustak Sanusi ini melalui Ustak Fazdi, ustak ambo di kolej islam dulu. Mereka merupakan rakan sekolah.

Alhamdulillah 😊 cukup baik, dan peramah mereka ini.

Insya Allah moga allah berkati kedai Kopi Station ini dan permudahkan segala urusan kedai ini.

Dan malam ini, dengan bangganya ambo mengatakan bahawa ambo adalah diantara pelanggan terawal di Kopi Station ini.

Insya Allah. Trus maju.

Comments

Popular Posts