Heartless

Petang tadi semasa ambo melaksanakan rutin mingguan, iaitu hungga (jogging) keliling kampung, kelihatan banyak lopak air. Mungkin sebab hujan lebat selepas Jumaat.

Hungga ambo terhenti di satu lopak air. Kerana jelas kelihatan disitu betapa indahnya langit.

Ambo tersenyum kerana ambo mampu menikmati keindahan langit tanpa perlu mendongak ke atas sebagaimana kata-kata tersohor Stephen hawking ;

Remember to look up at the stars and not down at your feet. Try to make sense of what you see and wonder about what makes the universe exist. Be curious. And however difficult life may seem, there is always something you can do and succeed at. It matters that you don't just give up.
Ambo cuba mengambil gambar lopak itu bersekali dengan langit sebagai sebuah kenangan, kemudian menyambung hungga. 

Tak jauh ambo hungga, ada seorang pakcik dalam satu kumpulan pakcik makcik yang kelihatan sedang berbual memanggil ambo dan bila ambo mendekati, mereka bertanya. 

Buat apa tadi nampak dudok bercokoh dekat lopak air tu? 

Ambo senyum dalam keadaan nafas tercungap sambil menunjukkan gambar yang telah ambo ambik. 

Pakcik itu melihatnya dan menggeleng-geleng kepalanya.

Ish Ish tak sangka lawa jugak Ye, katanya sambil menunjukkan kepada ahli mesyuarat bual beliau yang lain. 

Ambo menyambung hungga sambil tenggelam dalam kabus pemikiran. 

Kata Rumi. 

Only from the heart can you touch the sky.

Di zaman kita mengagungkan "beauty with brain" ini, manusia semakin hilang keindahan di hatinya, lantas apa yang mereka nampak melalui mata mereka hanyalah keindahan zahir yang telah terukir di benak otak mereka semata-mata. 

Jarang sekali mereka mampu melihat keindahan yang tersembunyi yang hanya boleh dikesan melalui radar hati. 

John C Maxwell berulang kali mengingatkan kita dalam buku2 beliau bahawa ;

Our perspective colors our view of the world. 
Dan tentu sekali perspektif kita sekarang ini banyak yang tercemar kerna kita lebih mengutamakan akal berbanding hati. 

Sedangkan kita telah diajar bagaimana untuk menggunakan keduanya dengan baik dan seimbang supaya kita menjadi manusia yang lebih baik. 

Kebetulan pagi tadi kawan ambo bertanya tentang kenapa apa yang didoa olehnya kepada Tuhan masih belum ditunaikan. 

Ada banyak sebab, tapi yang utama adalah betapa kurangnya adab kita terhadap Tuhan. 

Doa itu sepatutnya menjadi sebuah permintaan jujur kita di atas segala kekurangan dan kelemahan kita sebagai seorang hamba kepada Tuhan yang maha sempurna. 

Apa yang berlaku, doa kita itu kadangkala tak jadi doa. Doa itu seakan-akan telah menjadi sebuah arahan kpd tuhan untuk memberi apa yang kita perlu, sedangkan tuhan yang maha agung lebih memahami keperluan dan kehendak hambanya. 

Lebih teruk, doa itu hanya menjadi himpunan perkataan seorang hamba yang amat memerlukan. Hanya perkataan di bibir yang tidak memberi kesan di ruang hati. 

Sedangkan Mahatma Gandhi pun pernah berpesan kepada kita tentang doa ini dan kepentingan adanya hati di dalam doa. 

“Prayer is not asking. It is a longing of the soul. It is daily admission of one’s weakness. It is better in prayer to have a heart without words than words without a heart.”
Bukan hanya tuhan, kalau kita sesama manusia pun meminta sesuatu dengan nada yang tidak sesuai dan biadap maka jarang sekali permintaan itu akan ditunaikan. 

Suara dan nada juga rupanya memain peran yang penting dalam doa, permintaan dan kehidupan kita. 

Bahkan Daniel Day Lewis, pemenang Oscar di Hollywood pernah mengatakan bahawa ;

Voice is the footprint of the soul
Oleh itu, tiadalah jalan lain bagi kita untuk kembali mendapatkan hati kita yang telah hilang di zaman fitnah ini melainkan melalui pedoman agama. 

Kita perlu kembali menekuni agama dan mencontohi akhlaknya baginda Rasulullah SAW untuk menghidupkan kembali hati kita. 

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Ambo tersedar dari lamunan dan mendengar di headphone ambo kanye west mengulang korus lagu beliau;
How could you be so heartless?
Oh, how could you be so heartless?

Dan hungga hari ni lebih lambat dan lama drpd kebiasaannya!

Comments

Popular Posts